KUALA LUMPUR: Kadar inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada April 2024 bagi tiga bulan berturut-turut dengan mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
DoSM berkata kenaikan inflasi pada April 2024 didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama restoran dan perkhidmatan penginapan, 3.5 peratus (Mac 2024: 3.0 peratus); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan, 3.1 peratus (Mac 2024: 2.6 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain, 3.0 peratus (Mac 2024: 3.0 peratus).
Inflasi bagi restoran dan perkhidmatan penginapan meningkat kepada 3.5 peratus pada April 2024 berbanding 3.0 peratus pada Mac 2024, dipacu terutamanya daripada peningkatan subkumpulan utama perkhidmatan penyediaan minuman kepada 3.9 peratus pada April 2024 daripada 3.7 peratus pada Mac 2024.
"Inflasi keseluruhan secara bulanan merekodkan kenaikan 0.2 peratus berbanding 0.1 peratus yang dicatatkan pada Mac 2024.
"Peningkatan ini didorong oleh penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (0.9 peratus); rekreasi, sukan dan kebudayaan (0.8 peratus) dan restoran dan perkhidmatan penginapan (0.3 peratus)," kata jabatan itu dalam satu kenyataan mengenai Indeks Harga Pengguna (IHP) April 2024, hari ini.
Sementara itu, inflasi teras pada April 2024 meningkat kepada 1.9 peratus berbanding 1.7 peratus yang direkodkan pada Mac 2024.
"Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus. Bagaimanapun, empat negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (3.2 peratus), Sarawak (2.8 peratus), Pahang (2.4 peratus) dan Selangor (2.2 peratus)," katanya.
Secara perbandingan kadar inflasi di Malaysia (1.8 peratus) adalah lebih rendah berbanding inflasi di Vietnam (4.4 peratus), Filipina (3.8 peratus), Amerika Syarikat (3.4 peratus), Indonesia (3.0 peratus) dan Korea Selatan (2.9). Namun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Thailand (0.2 peratus) dan China (0.3 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024
![Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716542201_MalaysiaEkonomi.jpg)
Mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. - Gambar hiasan/Bernama/Freepik @ake1150sb & natanaelginting
![PM Thailand disahkan positif COVID-19 PM Thailand disahkan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694770094_SretthaThavisinPh.jpg)
PM Thailand disahkan positif COVID-19
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengesahkan hari ini bahawa beliau positif COVID-19.
![Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718556694_TBbotkaram.jpg)
Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga
Dua penumpang hilang manakala tiga lagi terselamat dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Sungai Rajang, Belaga, petang tadi.
Daftar JHEV, kemas kini maklumat untuk bantuan
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disaran agar mendaftar dengan Jabatan Hal Ehawal Veteran (JHEV) ATM serta persatuan-persatuan di lokalti masing-masing dan mengemas kini maklumat semasa melalui sistem VIBES 2.0.
Rumah jadi tempat proses ketum diserbu
Polis menyerbu sebuah rumah pusaka yang dijadikan tempat memproses air ketum dan berjaya menahan dua lelaki, pada Sabtu.
188 rakyat Malaysia jadi mangsa di beberapa negara
Daripada jumlah yang dikenalpasti, sekurang-kurang 109 warga Malaysia terjebak aktiviti 'jobscam' di Myanmar.
Ribuan umat Islam tunaikan solat Aidiladha di Al-Aqsa
Pagi Ahad, ribuan umat Islam berkumpul di masjid tersebut bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha. Lelaki, wanita bahkan kanak-kanak, sebaik sahaja matahari mula terbit, ramai yang sudah ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat.
544 kes libat rampasan RM5.18 juta di Sabah tahun ini
Pengarahnya George Abas berkata tindakan itu hasil pemeriksaan ke atas 31,206 premis perniagaan, dan kompaun sebanyak RM62,300 serta denda mahkamah berjumlah RM20,000 dikenakan terhadap mereka yang sabit kesalahan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.
10 maut bas bawa pelancong terjatuh dalam gaung di India
Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian sebaik insiden berlaku dan membawa penumpang cedera melalui kawasan pergunungan untuk ke hospital.
Israel jeda operasi taktikal, buka ruang untuk bantuan
Tentera Israel mengumumkan pada Ahad akan menghentikan seketika operasi taktikal ketenteraan di Semenanjung Gaza untuk memberi ruang kepada penghantaran bantuan kemanusiaan.
![MIDF semak semula unjuran kadar inflasi 2024 kepada 2.7 peratus MIDF semak semula unjuran kadar inflasi 2024 kepada 2.7 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691662695_midfresearch.jpg)
MIDF semak semula unjuran kadar inflasi 2024 kepada 2.7 peratus
MIDF Research berpendapat kerajaan mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menyelaraskan mekanisme pengagihan subsidi dan harga bahan api.
![Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716542201_MalaysiaEkonomi.jpg)
Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM
Mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
![Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714472793_trendharga.jpg)
Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM
Trend harga di Malaysia memperlihatkan peningkatan inflasi 1.8% pada Februari 2024 selepas tiga bulan berturut-turut dilaporkan pada kadar 1.5 peratus.
!['Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi' 'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714103836_bahanapijpg.jpg)
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
![Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024 Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81661983375_BankIndonesia.jpg)
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
!['Rasionalisasi subsidi bahan api, kenaikan cukai perkhidmatan berpotensi lonjak inflasi 2024' 'Rasionalisasi subsidi bahan api, kenaikan cukai perkhidmatan berpotensi lonjak inflasi 2024'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707114220_RON.jpg)
'Rasionalisasi subsidi bahan api, kenaikan cukai perkhidmatan berpotensi lonjak inflasi 2024'
Rasionalisasi subsidi bahan api dan peningkatan cukai perkhidmatan berpotensi mendorong inflasi tahun ini ke paras 3.2% hingga 3.6% berbanding purata 2.5% tahun lalu, kata RHB Investment.
![Hiperinflasi tidak pernah berlaku di Malaysia - Kementerian Ekonomi Hiperinflasi tidak pernah berlaku di Malaysia - Kementerian Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701151653_KualaLumpur.jpg)
Hiperinflasi tidak pernah berlaku di Malaysia - Kementerian Ekonomi
Hiperinflasi tidak pernah terjadi di Malaysia dan kerajaan berharap keadaan itu tidak akan berlaku, menurut Kementerian Ekonomi.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan petunjuk serantau bercampur-campur Bursa Malaysia ditutup rendah susulan petunjuk serantau bercampur-campur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606389623_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan petunjuk serantau bercampur-campur
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.60 mata kepada 1,453.29 daripada 1,455.89 ketika ditutup pada Rabu.
![Maybank IB semak turun unjuran kadar inflasi 2023 kepada 2.6% Maybank IB semak turun unjuran kadar inflasi 2023 kepada 2.6%](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660582290_MaybankInvestment.jpg)
Maybank IB semak turun unjuran kadar inflasi 2023 kepada 2.6%
Ini kerana kesan asas dijangka mengekalkan kadar inflasi bulanan pada 3% YoY untuk sepanjang tahun ini, kata Maybank IB dalam nota penyelidikan hari ini.
![Kadar inflasi mereda pada 1.9 peratus bagi September 2023 - Jabatan Perangkaan Kadar inflasi mereda pada 1.9 peratus bagi September 2023 - Jabatan Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640314456_TBTROLLEY.jpg)
Kadar inflasi mereda pada 1.9 peratus bagi September 2023 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia terus mereda kepada 1.9 peratus pada September 2023 daripada 2.0 peratus pada bulan sebelumnya.