awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Institusi tempatan terus membeli bagi minggu ketujuh berturut-turut

Bernama
Bernama
15/04/2024
06:45 MYT
Institusi tempatan terus membeli bagi minggu ketujuh berturut-turut
Peruncit tempatan kekal sebagai penjual bersih bagi minggu kelima berturut-turut, dengan jualan bersih berjumlah RM57.1 juta. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu ketujuh berturut-turut, dengan pembelian ekuiti domestik bernilai RM430.7 juta, menurut penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
Menerusi Laporan Aliran Dana mingguan terkininya pada Isnin, bank pelaburan itu menjelaskan peruncit tempatan kekal sebagai penjual bersih bagi minggu kelima berturut-turut, dengan jualan bersih berjumlah RM57.1 juta.
"Mereka mengakhiri jualan bersih 22 hari berturut-turut mereka dengan membuat pembelian RM9.5 juta pada namun terlibat dalam jualan bersih pada Isnin dan Jumaat minggu lepas," tambahnya.
Bank pelaburan itu juga memaklumkan bahawa aliran jualan bersih oleh pelabur asing telah berlanjutan sehingga minggu ketujuh berturut-turut, berjumlah RM373.5 juta sepanjang minggu dagangan singkat susulan cuti umum sempena Aidilfitri.
"Minggu lepas, pelabur asing membeli bersih hartanah (RM75.3 juta), pengangkutan dan logistik (RM26.8 juta) dan pembinaan (RM16.5 juta).
"Sektor yang mereka jual bersih ialah perkhidmatan kewangan (-RM285.9 juta), utiliti (-RM85.4 juta) serta produk dan perkhidmatan pengguna (-RM52.7 juta)," tambahnya.
Dari segi penyertaan, jumlah dagangan harian purata (ADTV) susut bagi kalangan peruncit tempatan (-3.1 peratus) dan institusi tempatan (-15.2 peratus), tetapi meningkat bagi kalangan pelabur asing (3.1 peratus).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Institusi tempatan
#Pembeli bersih
#MIDF Amanah Investment Bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan