KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), Rabu ini.
Ini berikutan peningkatan berterusan dalam inflasi teras, mencerminkan permintaan dalam negeri yang kukuh, menurut MIDF Research.
"Selain itu, momentum positif dalam jualan perdagangan pengedaran, penurunan kadar pengangguran kepada 3.9% pada April, manakala perdagangan luar berkembang 2 digit memberikan isyarat positif pemulihan kukuh dalam ekonomi," jelasnya dalam nota kajian hari ini.
Pada Mei lalu, BNM menaikkan 25 bps menjadikan OPR kepada 2% daripada paras terendah 1.75% sebelum ini.
Memandangkan peningkatan kegiatan ekonomi dalam keadaan tekanan kos yang berlarutan, bank pusat berkata, inflasi asas seperti yang diukur oleh inflasi teras dijangka meningkat untuk mencatatkan purata antara 2% hingga 3% pada tahun ini.
Inflasi makanan pada Mei 2022, terus meningkat ke paras baharu 5.2%, tertinggi sejak November 2011 dengan 93% item dalam kumpulan ini merekodkan kenaikan.
Kumpulan makanan adalah penyumbang utama peningkatan 2.8% Indeks Harga Pengguna bagi Mei 2022, melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga 2022 iaitu 1.9%.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak akan membiarkan rakyat ‘ikat perut’ dalam isu kenaikan harga barang, sebaliknya akan mencari jalan bagi menyelesaikannya.
Pelbagai usaha juga sedang dilakukan untuk jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini khususnya bagi memastikan sekuriti makanan negara sentiasa terjamin.
MIDF Research berkata, tekanan inflasi keseluruhan di Malaysia dijangka kekal stabil terutama dengan harga runcit bahan api runcit yang tidak berubah untuk tahun ini.
Ia menjangkakan inflasi makanan akan meningkat di tengah-tengah kenaikan harga komoditi global, pemotongan subsidi ke atas barangan tertentu dan susut nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana Malaysia adalah negara pengimport makanan bersih.
"Kami menjangkakan inflasi makanan akan mencatatkan 4.5% untuk 2022 (2021: +1.6%) manakala IHP bukan makanan meningkat lebih perlahan sebanyak 1.9% berbanding 2.8% yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
"Seperti yang dinyatakan dalam laporan tematik kami sebelum ini, penurunan inflasi bahan api akan mengatasi kenaikan inflasi makanan, justeru mengehadkan tekanan inflasi keseluruhan di Malaysia," jelasnya. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Jul 04 2022
Pada Mei lalu, BNM menaikkan 25 bps menjadikan OPR kepada 2% daripada paras terendah 1.75% sebelum ini. - Foto fail/BERNAMA
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Keputusan BNM kekalkan OPR bantu kawal kos - FMM
Ia memberi manfaat kepada sektor pembuatan dan industri lain berikutan langkah itu membantu mengawal kos.
OPR kekal 3 peratus - BNM
Pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.
BNM dijangka kekalkan OPR pada paras semasa - Juwai IQI
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) yang tidak berubah pada 3.0 peratus dalam Pernyataan Dasar Monetari keenam dan terakhir untuk 2023 pada Khamis.
Pasaran hartanah kekal kukuh walaupun OPR naik - Rehda Malaysia
Datuk NK Tong berpendapat, orang ramai menyedari hartanah adalah cara terbaik bagi melindungi mereka daripada inflasi.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus bagi baki tempoh tahun ini - BMI
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mencapai akhir kitaran kenaikan kadarnya dan akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus bagi baki tempoh tahun ini, menurut BMI.
Maybank naik kadar sehingga 25 mata asas mulai 8 Mei
Maybank akan menyemak semula kenaikan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Mei ini.
BNM dijangka kekalkan OPR 2.75 peratus pada mesyuarat MPC Mei ini - Penganalisis
Bank Negara dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan datang.
Bank Negara nilai kesan kenaikan OPR 100 bps sebelum ambil tindakan seterusnya
Bank Negara Malaysia (BNM) akan menilai kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 100 mata asas (bps) pada 2022 ke atas ekonomi Malaysia sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
BNM mungkin tangguh atau umum kenaikan OPR pada kadar lebih kecil - Maybank IB
Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan membuat kejutan dengan menangguhkan kenaikan seterusnya kadar dasar semalaman (OPR) atau pada kadar yang
BNM naikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.