awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada tamat kontrak dengan Supermax susulan dakwaan buruh paksa

Bernama
Bernama
18/01/2022
20:40 MYT
Kanada tamat kontrak dengan Supermax susulan dakwaan buruh paksa
Kanada menghentikan import sarung tangan getah daripada Supermax pada November tahun lepas. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pemerolehan Kanada pada Selasa menamatkan kontrak penyumberannya dengan Supermax Corp Bhd susulan dakwaan penggunaan buruh paksa terhadap pengeluar sarung tangan itu.
Negara itu menghentikan import sarung tangan getah daripada Supermax pada November tahun lepas selepas membuat keputusan untuk menentukan langkah seterusnya susulan laporan audit terhadap amalan buruh syarikat tersebut.
"Berdasarkan keseriusan dakwaan itu dan jangkaan garis masa bagi keputusan audit akhir, kerajaan Kanada telah memutuskan, dan Supermax Healthcare Canada bersetuju untuk menamatkan dengan persetujuan bersama dua kontrak sedia ada bagi bekalan sarung tangan nitril," kata jabatan itu kepada Reuters dalam satu kenyataan menerusi emel pada Selasa.
Supermax Healthcare Canada pada Oktober 2021 mengesahkan memandangkan dakwaan umum amalan buruh paksa itu, Supermax Corp telah mendapatkan khidmat syarikat bebas untuk menjalankan audit menyeluruh ke atas operasinya mengikut petunjuk buruh paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
Susulan dakwaan yang sama pada awal Januari 2021 terhadap pengeluar sarung tangan Malaysia itu, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pemerolehan Kanada meminta enam pembekal sarung tangan di Malaysia termasuk Supermax Healthcare Canada untuk menyediakan maklumat mengenai proses kajian daya maju dan langkah-langkah mitigasi yang dilaksanakan untuk memenuhi tanggungjawab hak asasi manusia dan buruh sejagat mereka.
Ini termasuk butiran terperinci megenai bagaimana mereka mengenal pasti, mencegah, mengurang dan menambah baik berhubung hak asasi manusia dan memastikan amalan tersebut dilaksanakan bagi memastikan perlindungan pekerja dalam rantaian bekalan mereka.
Sementara itu, usaha Bernama untuk menghubungi syarikat itu menemui kegagalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanada
#Sarung tangan
#Supermax Corp Bhd
#buruh paksa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan