SINGAPURA:Ekonomi Singapura mengalami penguncupan 5.4 peratus pada 2020 berbanding pertumbuhan 1.3 peratus pada 2019, demikian menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.
Dalam kenyataan pada Isnin, kementerian itu berkata bagi tempoh suku keempat 2020, ekonomi Singapura susut pada 2.4 peratus bagi tahun ke tahun iaitu peningkatan berbanding penguncupan 5.8 peratus pada suku sebelumnya.
Berikutan itu, ia mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) republik itu bagi tahun ini pada 4.0 peratus hingga 6.0 peratus.
Dari segi sektor, pembuatan berkembang sebanyak 7.3 peratus berbanding penguncupan 1.5 peratus pada 2019, disokong oleh pengembangan memberangsangkan dalam kluster pembuatan bioperubatan, elektronik dan kejuteraan tepat.
Namun sektor pembinaan menguncup sebanyak 35.9 peratus -- penyusutan ketara daripada pertumbuhan 1.6 peratus pada 2019 berikutan penurunan kerja-kerja pembinaan sektor awam dan swasta.
Industri perkhidmatan pengeluaran juga menguncup pada 6.9 peratus berbanding pertumbuhan 2.0 peratus pada 2019.
Menurut MTI, kebanyakan sektor perkhidmatan menyaksikan penyusutan bagi tahun penuh berikutan impak meluas daripada pandemik COVID-19.
Menyentuh prospek bagi 2021, MTI berkata terdapat perkembangan lanjut mengenai vaksin COVID-19 dengan beberapa negara telah memulakan usaha pelaksanaannya.
Menurutnya, walaupun tempoh pelaksanaan vaksinasi itu berbeza di setiap negara, namun negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah dijangka dapat menyempurnakan usaha itu bagi penduduk mereka menjelang separuh kedua tahun ini yang dapat melonjakkan pemulihan ekonomi masing-masing.
Selain itu, prospek pertumbuhan bagi negara serantau seperti Malaysia dan Indonesia sebaliknya dijejaskan oleh peningkatan semula kes jangkitan COVID-19 yang menyebabkan pelaksanaan semula sekatan pergerakan dan langkah berkaitan.
Dalam pada itu, MTI berkata perkembangan positif dalam ekonomi luaran utama telah dapat mengurangkan impak negatif dengan permintaan luaran Singapura kekal tidak berubah berbanding tempoh tiga bulan lepas.
Malah, di peringkat domestik, keadaan COVID-19 Singapura masih terkawal dengan program vaksinasi sedang giat dijalankan, kata kementerian itu.
Bagaimanapun, tahap pembukaan semula sempadan telah menjadi lebih perlahan berikutan lonjakan kes COVID-19 global serta kemunculan varian virus itu yang lebih bahaya serta mudah tersebar.
Menurut MTI, ekonomi Singapura dijangka menyaksikan pemulihan secara beransur-ansur sepanjang tahun ini dengan mengambil kira perkembangan dalam persekitaran ekonomi global dan domestik, walaupun unjuran itu kekal tidak sekata bagi sektor-sektor terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021
Ekonomi Singapura dijangka menyaksikan pemulihan secara beransur-ansur sepanjang tahun ini dengan mengambil kira perkembangan dalam persekitaran ekonomi global dan domestik. - Gambar fail
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.