awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dapur Siswa, MADANI ResQ Pek bantu pelajar UUM
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kewangan nafi lulus pinjaman RM1 bilion kepada AirAsia

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2020
09:14 MYT
Kementerian Kewangan nafi lulus pinjaman RM1 bilion kepada AirAsia
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Group Bhd didakwa mendapat bantuan dalam bentuk pinjaman berjumlah RM1 bilion daripada kerajaan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR :Kementerian Kewangan nafi meluluskan pinjaman kepada syarikat penerbangan tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, termasuk AirAsia Group.
Dalam satu kenyataan hari ini, jurucakap kementerian itu berkata, tiada sebarang kelulusan pembiayaan sedemikian dibuat, seperti yang didakwa dalam laporan sebuah media antarabangsa.
"Merujuk kepada laporan media hari ini, kementerian mahu menjelaskan bahawa ia tidak meluluskan sebarang pembiayaan kerajaan atau jaminan kepada mana-mana syarikat penerbangan," katanya.
Nikkei Asia hari ini, melaporkan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Group Bhd dikatakan mendapat bantuan dalam bentuk pinjaman berjumlah RM1 bilion daripada kerajaan bertujuan membantu syarikat itu.
BACA: AirAsia terima pinjaman RM1 bilion
BACA: AirAsia sah berhentikan 10 peratus kakitangan - Tony Fernandes
Laporan itu turut menyebut, bantuan pinjaman itu diterima di bawah Skim Jaminan Prihatin Danajamin (DPGS) yang keseluruhannya bernilai RM50 bilion.
Menurut laporan yang memetik sumber Kementerian Kewangan dan AirAsia itu, 80 peratus pinjaman itu dijamin Kementerian Kewangan.
Sumber juga memberitahu Nikkei Asia pinjaman tersebut akan mula diserahkan bermula bulan hadapan
Topic Berkaitan
#AirAsia
#pinjaman
#RM1 bilion
#AirAsia Group
#Nikkei Asia
#Kementerian Kewangan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan