KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menimbang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar yang munasabah bagi meluaskan pendapatan yang mampan dan komprehensif.
Langkah ini sekali gus akan dapat mengukuhkan pungutan hasil negara, kata Senator Tan Sri Low Kian Chuan, yang juga merupakan Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara, disini, hari ini.
"ACCCIM menyokong sepenuhnya pengenalan semula GST. Kami mencadangkan penambahbaikan sistem bayaran balik dan penentuan nilai ambang tahunan ditetapkan pada paras munasabah.
''(Sebagai contoh) Katakan...RM1 juta dengan pendaftaran secara suka rela untuk memastikan perniagaan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bebas GST,'' jelasnya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak memperkenalkan kembali cukai GST buat masa ini dan yakin hasil yang bakal dikutip dan penguatkuasaan kutipan yang cekap mampu menambah pendapatan negara.
Ini memandangkan pendapatan rakyat yang masih rendah berbanding negara lain yang mengguna pakai sistem GST seperti Singapura dan Kanada, katanya.
Sementara itu Low juga menyarankan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang dicadangkan merangkumi aspek kawalan liabiliti luar jangka yang ditanggung kerajaan.
Ini, katanya, bagi memastikan penyata kewangan kerajaan persekutuan berasaskan perakaunan terakru (accrue accounting) dan dapat memberi gambaran holistik serta tepat berasaskan kedudukan kewangan semasa negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023

Menurut Low, ACCCIM mencadangkan penambahbaikan sistem bayaran balik dan penentuan nilai ambang tahunan ditetapkan pada paras munasabah. - Foto ACCCIM
Tumpu usaha perkukuh ASEAN sebagai ‘bakul makanan dunia’
Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan Asean sebagai ‘bakul makanan dunia.’
Hujan di beberapa kawasan kurangkan jerebu
Mujur beberapa kawasan sekitar Lembah Klang dapat mengurangkan jerebu hari ini.
Tanya AI: Bagaimana jerebu boleh jejaskan kesihatan?
Penyampai AI, Joon, beri penjelasan bagaimana jerebu boleh bahayakan kesihatan.
[TERKINI] Kerugian jenayah dalam talian hampir RM2 bilion
Kerugian akibat jenayah dalam talian terus meningkat kepada hampir RM2 bilion bagi tempoh 2021 hingga September lalu.

Malaysia utus surat kepada Indonesia selesai masalah jerebu rentas sempadan - Nik Nazmi
Malaysia telah menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).
Malaysia hantar surat kepada indonesia
Malaysia melaksanakan tindakan susulan dengan menghantar surat kepada Indonesia berhubung masalah jerebu rentas sempadan.
Diskaun PTPTN mungkin tidak diteruskan
Kerajaan mungkin tidak akan meneruskan lagi pemberian diskaun untuk tujuan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Mahkamah: Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri dengar rayuan Najib
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azizah Nawawi menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan salah guna jawatan awam.

KKDW diminta kenal pasti tanah sesuai untuk penanaman kelapa
Kata Ahmad Zahid, KKDW akan bekerjasama erat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan Tahap Sara Diri yang disasarkan dapat dicapai.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.7285/7320 berbanding dolar AS 4.7215/7255 ketika ditutup pada Selasa.

Bukan masa sesuai perkenal semula GST - Steven Sim
Kerajaan tidak mempertikaikan kelemahan atau kekuatan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sebaliknya kesesuaian waktu untuk melaksanakannya semula.

GST tidak sesuai dilaksanakan ketika ini ekoran ekonomi dunia perlahan - Sim
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak sesuai diperkenalkan semula pada masa ini terutama ketika ekonomi dunia mengalami keadaan yang perlahan.

Malaysia boleh perkukuhkan sistem pencen melalui skim pencen universal
Malaysia boleh memperkukuhkan sistem pencennya dengan mengguna pakai skim pencen yang dibiayai cukai dengan kadar rata universal.

Laksana semula GST: 'Saya akan jawab pada Isnin' - Ahmad Maslan
Persoalan sama ada kerajaan bakal melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bakal diketahui pada Isnin.

"Perkenal semula GST selepas mansuh beri kesan inflasi" - Khairy
Kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bahawa kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan sebelum ini sebagai satu tindakan berani.

Kerajaan perlu kurangkan subsidi kepada golongan kaya sebelum perkenal semula GST - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mengurangkan subsidi kepada golongan kaya sebelum memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ahli Parlimen Sri Aman cadang GST dilaksanakan semula
Meskipun cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan pada 1 Jun 2018 namun ada beberapa pihak mencadangkan cukai tersebut dilaksanakan semula.

Perkenal semula GST boleh tingkat hasil kerajaan tetapi perlu lebih jelas - Ahli ekonomi
Memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkatkan hasil kerajaan, tetapi ia perlu lebih jelas.

Kerajaan tak tolak perlaksanaan semula GST - Rafizi
Kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan sebelum ini.

Kerajaan dicadang perkenal semula GST
Kerajaan perlu merujuk semula model ekonomi Malaysia yang diterbitkan pada 2013 dan membincangkan pelbagai pelan strategik, inisiatif serta reformasi.