awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keuntungan bersih DiGi susut kepada RM280 juta

Bernama
Bernama
27/01/2021
11:32 MYT
Keuntungan bersih DiGi susut kepada RM280 juta
Perolehan juga menurun kepada RM1.56 bilion daripada RM1.67 bilion sebelum ini, walaupun merekodkan pertumbuhan sumbangan daripada internet dan pendigitalan. - Foto Digi
KUALA LUMPUR:Keuntungan bersih DiGi.com Bhd susut kepada RM280.17 juta dalam suku keempat berakhir 31 Dis 2020 berbanding RM342.92 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama pada 2019.
Perolehan juga menurun kepada RM1.56 bilion daripada RM1.67 bilion sebelum ini, walaupun merekodkan pertumbuhan sumbangan daripada internet dan pendigitalan, kata DiGi dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu berkata hasil perkhidmatan merosot sebanyak 6.1 peratus dari tahun ke tahun kepada RM1.35 bilion susulan pengurangan ke atas penggunaan bukan internet dan suara memandangkan perbelanjaan pengguna secara keseluruhan, aliran masuk pekerja asing dan aktiviti ekonomi mula melembap di belakang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung di negeri dan daerah tertentu.
"Sumbangan dari tahun ke tahun turut terjejas buruk akibat aktiviti perantauan yang lemah selepas sempadan antarabangsa ditutup.
"Bagaimanapun, tapak pelanggan aktif Malaysia kami telah berkembang sebanyak 1.7 peratus dari suku ke suku dan 5.9 peratus dari tahun ke tahun, di atas paras sebelum sekatan pergerakan untuk mengimbangi asas pelanggan pendatang asing yang mengecil," katanya.
Sementara itu, perolehan dalam internet dan digital meningkat 8.7 peratus dari tahun ke tahun, berikutan penggunaan data keseluruhan yang lebih baik dan pengambilalihan yang kukuh daripada aktiviti permainan serta perkhidmatan digital.
Syarikat itu ketika mengulas mengenai prospek menjelaskan ia akan memberi keutamaan untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam perniagaan teras dan digital bagi menguasai semula keperluan untuk sambungan merentasi segmen prabayar, pasca bayar, perniagaan kepada perniagaan dan segmen fiber kediaman.
Ia juga akan melabur dalam pemodenan infrastruktur rangkaian dan teknologi maklumat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan termasuk memacu kemampanan kewangan melalui inisiatif kecekapan struktur serta usaha penjimatan kos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Bersih
#ekonomi
#pekerja asing
#Malaysia
#perintah kawalan pergerakan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan