Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) menyarankan agar peminjam membuat rundingan terus dengan koperasi mengenai lanjutan moratorium yang tempohnya akan berakhir September ini.
Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, persetujuan kedua-dua pihak diperlukan untuk memastikan situasi menang-menang bagi peminjam dan koperasi.
"Terpulang kepada rundingan antara peminjam dan koperasi kerana ada sesetengah koperasi yang kukuh boleh menerima moratorium itu, dan ada yang sebaliknya.
"Angkasa hanya menguruskan potongan yang dibuat oleh koperasi, jadi sekiranya tiada potongan, apa yang kami nak uruskan," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan program redCOOP dan memperkenalkan produk Mukmin50+ dan Flexi68+ untuk sektor koperasi, di sini.
Abdul Fattah berkata koperasi berupaya memberikan lanjutan moratorium sekiranya mempunyai sumber dana dan modal yang kukuh.
"Jika koperasi yang menguruskan pinjaman daripada bank, koperasi perlu mengikut keputusan daripada bank," katanya, sambil menyifatkan kebanyakan koperasi mempunyai kekangan untuk memberikan lanjutan moratorium kerana aliran tunai yang tidak kukuh.
Katanya daripada 14,625 buah koperasi dengan keanggotaan 6.05 juta ahli yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, hanya 614 koperasi yang menyediakan pembiayaan kepada anggotanya.
Terdahulu, Angkasa dengan kerjasama syarikat pengendali rangkaian maya mudah alih, redONE Network Sdn Bhd (redONE) memperkenalkan program redCOOP bagi membangunkan program keusahawanan Telco khusus untuk anggota koperasi.
Menerusi program redCOOP, produk yang dilancarkan ialah pelan pascabayar Mukmin50+ serta Flexi68+ yang menawarkan pelan pascabayar, masing-masing bernilai RM50 dan RM68 sebulan.
Abdul Fattah berkata koperasi yang berdaftar akan menerima pakej kedai konsep redCOOP dan kemudahan latihan untuk jualan langsung serta dilantik sebagai penasihat jualan bagi produk di bawah program itu.
"Kami menyasarkan seramai 500,000 ahli koperasi akan menggunakan produk di bawah redCOOP menjelang 2021," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mohammad Farid Mohamed Yunus berkata pihaknya menyasarkan pengguna redONE akan meningkat kepada 1.5 juta orang pada Disember 2020 berbanding 1.2 juta orang pada masa ini.
Bernama
Tue Jul 28 2020

Abdul Fattah berkata, persetujuan kedua-dua pihak diperlukan untuk memastikan situasi menang-menang bagi peminjam dan koperasi. - Foto BERNAMA

AWANI Global: COVID-19 | Adakah setimen islamofobia meningkat di Eropah?
COVID-19: Adakah setimen islamofobia meningkat di Eropah? Adakah COVID-19 memburukan lagi islamofobia di Eropah? Apakah dapatan dan cadangan daripada European Islamophobia Report edisi terkini? Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli menemubual Editor Bersama laporan, Enes Bayrakli.

Empat lelaki ditahan gaduh di restoran Cheras
Polis menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran di Damai Perdana pada 9 April lepas.

Ramadan 2021: Kenapa mengantuk lepas makan?
Lepas makan mesti mengantuk, apatah lagi di bulan Ramadan ini, khususnya selepas waktu sahur dan berbuka.

Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.

Bapa Larry Sng diisytihar muflis
Sng Chee Hua pernah memegang jawatan sebagai ADUN Pelagus dari tahun 1991 hingga 2001.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 April 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900220/7697250671618618627984_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 April 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hafizi Rosli dan Nursyazwani Saiful Sham.

Empat institusi perbankan Islam terlibat dalam projek rintis Skim CAKNA
Sebanyak empat institusi bank terlibat dalam projek rintis Skim CAKNA yang merupakan kemudahan pembiayaan untuk syarikat yang memperoleh kontrak kerajaan bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan.

Cuaca | Hujan ribut akan mereda dalam masa terdekat - MET Malaysia
Dalam pada itu, Jailan berkata, keadaan hujan ribut yang berlaku ketika ini akan mula reda dalam tempoh dua tiga hari lagi. Menurutnya, berdasarkan ramalan, keadaan akan kembali baik minggu depan.

Cuaca | Dijangka tiada gelombang haba tahun ini - MET Malaysia
Susulan Fenomena El Nino sederhana. Malaysia dijangka tidak akan mengalami gelombang haba yang lazimnya terjadi antara bulan Februari hingga pertengahan April. Perkara itu dimaklumkan, Ketua Pengarah, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Jailan Simon.

MAHB catat penyusutan trafik penumpang 76.8 peratus
Rangkaian lapangan terbang MAHB mencatatkan penurunan sebanyak 76.8 peratus dengan 5.9 juta trafik penumpang bagi suku pertama 2021 disebabkan PKP.

Bekas Pengerusi Angkasa Perlis dituduh palsu dokumen
Hakim Datuk Ibrahim Osman, membuat keputusan itu terhadap Ismail Hashim, 70, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Serba Dinamik hasrat tubuh anak syarikat, ceburi industri angkasa
Anak syarikat itu akan menguruskan penglibatan dalam industri tersebut melalui peningkatan kapasiti dan perkongsian dengan pelbagai agensi serta pemain antarabangsa.

Pak Ungku usaha bawa peningkatan sosio-ekonomi sebenar negara - Muhyiddin
Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz merupakan intelektual awam yang tidak mementingkan diri dan membawa peningkatan sosio-ekonomi sebenar kepada negara.

Fenomena alam luar biasa: 'Taufan ruang angkasa' dikesan atas Kutub Utara
Taufan tersebut bukan berbentuk seperti air sebaliknya merupakan hujan elektron yang berputar lawan arah jam.

Angkasa gesa semua koperator ambil vaksin
Angkasa meminta semua koperator di negara ini untuk mengambil vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Pemergian Prof Ungku Abdul Aziz: Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, 9:28 malam ini.

Pemergian Prof Ungku Aziz: Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Masjid At-Taqwa
Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Iskandariah berangkat ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 7.55 malam tadi.

Prof Diraja Ungku Abdul Aziz meninggal dunia
Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan.

Percantuman Chang'e-5 di orbit bulan berjaya
Sejurus bercantum, sampel yang dikutip dari bulan oleh jentera itu sebelum ini, turut dipindahkan dengan lancar ke roket pengorbit berkenaan pada 6.12 pagi.

Chang'e-5 milik China berjaya mendarat di bulan
China berjaya mendaratkan misi robotiknya, Chang'e-5 di permukaan bulan, lapor agensi berita yang dikendalikan oleh kerajaan Xinhua.