Skip to main content

Bisnes

LBS bangunkan projek The Reserva bernilai RM8.3 bilion di Kwasa Damansara

Berdiri dari kiri barisan pengurusan kanan LBS terdiri daripada Pengarah Eksekutif, Datuk Cynthia Lim; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Lucas Lim dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Barry Lim.  
Smeentara duduk dari kiri ialah Datuk Joey Yap, Tan Sri Lim Hock San dan 
Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif (kanan), Datuk Lim Hock Guan pada majlis previu The Reserva baru-baru ini.
Berdiri dari kiri barisan pengurusan kanan LBS terdiri daripada Pengarah Eksekutif, Datuk Cynthia Lim; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Lucas Lim dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Barry Lim. Smeentara duduk dari kiri ialah Datuk Joey Yap, Tan Sri Lim Hock San dan Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif (kanan), Datuk Lim Hock Guan pada majlis previu The Reserva baru-baru ini.
Advertisement

LBS Bina Group Bhd (LBS) memperkukuh kehadirannya dalam segmen kediaman premium menerusi pembangunan The Reserva di Kwasa Damansara, Selangor, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM8.3 bilion.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dr Lim Hock San berkata, pelancaran The Reserva menandakan pencapaian penting dalam usaha kumpulan dalam memperluaskan portfolio pembangunan dengan menawarkan nilai tersendiri kepada pembeli rumah.

“Kami melihat potensi besar pada tanah pegangan bebas yang luar biasa ini di Kwasa Damansara, dan menerusi The Reserva, kami sasarkan untuk mencipta lebih daripada sekadar kediaman; sekali gus menawarkan persekitaran kediaman di mana penduduk dapat menikmati ketenangan alam semula jadi, reka bentuk kediaman yang teliti, dan kemudahan keterhubungan bandar.

Advertisement

“Kami percaya pembangunan ini akan menawarkan nilai jangka panjang kepada pemilik rumah dan keluarga mereka untuk generasi akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Merangkumi tanah pegangan bebas seluas 192 ekar, pembangunan The Reserva dibina berteraskan visi “The Quiet Side of Kwasa Damansara” yang menggabungkan kediaman diinspirasikan oleh alam semula jadi dengan reka bentuk rumah yang teliti serta keterhubungan bandar.

Advertisement

Ia menampilkan taman hutan seluas 49 ekar yang dikelilingi oleh 11 bahagian pembangunan di mana pelan induk berteraskan alam semula jadi yang meletakkan elemen kehijauan sebagai nadi pengalaman kediaman sekali gus menawarkan persekitaran yang tenang kepada penduduk untuk berehat dan mendampingi semula alam semula jadi tanpa menjejaskan kemudahan kehidupan bandar.

Pembangunan The Reserva ini mencerminkan pendekatan LBS dalam mewujudkan kawasan yang menyerlahkan ciri-ciri semula jadi tanah tersebut menerusi bentuk muka bumi yang tinggi, persekitaran hutan serta susun atur yang dirancang rapi.

Mengulas lanjut, Hock San berkata, fasa kediaman pertama di dalam The Reserva iaitu Sherwood Residence ini hanya mempunyai 196 unit kediaman bertanah, membabitkan kawasan seluas 24.94 ekar dan terdiri daripada lapan banglo, 88 rumah berkembar dan 100 rumah teres superlink.

Menurutnya, diinspirasi oleh konsep “bright forest”, Sherwood menggabungkan reka bentuk kontemporari dengan kontur semula jadi tanah, ruang terbuka, serta persekitaran hijau.

“Susun aturnya yang berketumpatan rendah direka khas untuk menampung keperluan keluarga yang sentiasa berkembang, termasuk konsep kediaman pelbagai generasi.

“Kehalusan reka bentuk ini membuktikan fokus LBS dalam melakar kediaman yang harmoni antara corak hidup kontemporari dan keperluan praktikal, sekali gus menawarkan fleksibiliti bagi isi rumah berbilang generasi di samping menjamin keselesaan jangka panjang para penduduk,” katanya.

Terletak secara strategik di perbandaran perdana Kwasa Damansara, The Reserva merupakan sebahagian daripada pelan induk merangkumi sembilan taman awam, laluan pejalan kaki dan basikal sepanjang 23.72 kilometer serta 15 buah sekolah baharu bagi menyokong komuniti yang sedang pesat membangun.

Perbandaran ini juga menerapkan inisiatif rendah karbon dan ciri-ciri bandar pintar bagi mempromosikan kehidupan bandar yang lebih mampan dan cekap.

Dengan kemudahan perkhidmatan rel transit massa (MRT), perkhidmatan bas pengantara, serta akses ke jalan raya dan lebuh raya utama, penduduk dapat menikmati keselesaan yang lebih tinggi dan keterhubungan yang lancar ke destinasi penting.

Must Watch Video

Advertisement