awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAB, ALC memeterai perjanjian pajakan untuk empat Airbus A350s

Bernama
Bernama
11/09/2015
04:56 MYT
MAB, ALC memeterai perjanjian pajakan untuk empat Airbus A350s
Mueller berkata A350 merupakan pesawat termaju dari segi teknologi dan kami yakin bahawa ia akan memberikan keselesaan penumpang yang luar biasa serta meningkatkan keseluruhan kecekapan armada. - Gambar Fail
Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan Air Lease Corporation (ALC) hari ini menandatangani perjanjian pajakan jangka panjang untuk empat pesawat Airbus A350-900s yang baharu.
Pesawat A350-900s yang dikuasakan dengan dua enjin Rolls Royce Trent XWB-84 itu sedang ditempah oleh ALC daripada Airbus, ia akan diserahkan pada suku keempat 2017 dan suku tahun kedua 2018, kata MAB dalam satu kenyataan.
Urus niaga itu merangkumi opsyen untuk memajak dua pesawat tambahan A350-900s dan dua pesawat A330-900neo.
"Kami teruja untuk mempunyai pesawat ini sebagai sebahagian daripada armada kami.
"A350 merupakan pesawat termaju dari segi teknologi dan kami yakin bahawa ia akan memberikan keselesaan penumpang yang luar biasa serta meningkatkan keseluruhan kecekapan armada kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Christoph Mueller.
Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ALC, Steven F. Udvar-Hazy berkata syarikat itu mahu meneruskan hubungan jangka panjang yang lebih kukuh dengan MAB.
"ALC amat berbesar hati dan menghargai MAB sebagai pelanggan terbaharu kami. Kami yakin pesawat ini akan memaksimumkan operasi Malaysia Airlines dan membantu mengembangkan perniagaan MAB, di masa yang sama mengurangkan kos operasi dan pencemaran," kata Udvar-Hazy.
Topic Berkaitan
#A350-900s
#Air Lease Corporation
#Christoph Mueller
#Malaysia Airlines Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan