awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB lantik bekas hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali sebagai Pengerusi

Bernama
Bernama
17/02/2023
12:24 MYT
MAHB lantik bekas hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali sebagai Pengerusi
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melantik Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melantik Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAHB berkata Zainun sebelum ini menerajui syarikat itu dari 18 Jan 2019 hingga 11 Ogos 2020.
"Beliau merupakan hakim di tribunal pentadbiran Bank Pembangunan Islam Jeddah dan merupakan penimbang tara berdaftar di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC).
"Beliau juga menganggotai lembaga penasihat Rangkaian Integriti Kehakiman Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan merupakan timbalan pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)," kata MAHB.
Sebelum memasuki dunia korporat, Zainun adalah ahli badan kehakiman Malaysia, bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 2018.
"Kerjaya cemerlangnya di mahkamah menyaksikan beliau melaksanakan beberapa penghakiman penting yang telah memberi impak kepada perundangan Malaysia," tambah MAHB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAHB
#bekas hakim Mahkamah Persekutuan
#Zainun Ali
#Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan