KUALA LUMPUR: Syarikat multinasional seperti Amazon Web Services, Boeing, Cisco, ExxonMobil, Pfizer, Visa dan Google adalah antara syarikat yang hadir pada Dialog Majlis Perniagaan ASEAN-AS (US-ABC) bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul dalam hantaran di laman Facebook beliau berkata: "Amerika Syarikat merupakan salah satu pelabur utama di Malaysia, oleh itu ia sangat penting untuk kita mendengar pandangan mereka bagi menarik lebih banyak pelaburan ke negara kita."
Beliau kini berada di Washington D.C., Amerika Syarikat untuk menghadiri Mesyuarat-Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia-IMF yang berlangsung sepanjang minggu ini.
Tengku Zafrul berkata US-ABC telah menyatakan hasrat mereka untuk mengukuhkan kerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).
"Dalam menghadapi cabaran varian omikron, dialog terbuka tentang cabaran yang dihadapi Malaysia boleh membantu untuk mewujudkan penyelesaian dan mencapai objektif MOF dan BNM," katanya.
Beliau berkata semasa mesyuarat Menteri Kewangan dan Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN, US-ABC telah membentangkan Kertas Putih tentang topik-topik seperti pembiayaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), Kerjasama Digital serta Aset Digital dan Data Kewangan di ASEAN.
"Kerjasama dan perkongsian maklumat ini terutamanya dalam aspek transformasi digital, infrastruktur kesihatan dan ESG kita akan teruskan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Tengku Zafrul kini berada di Washington DC untuk menghadiri Mesyuarat-Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia-IMF yang berlangsung sepanjang minggu ini. - Facebook Tengku Zafrul
![[INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021 [INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976270/8967789641656759694098_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021
Indeks Harga Pengguna 2021

Lawan kelab ternama, rindu budu matangkan pemain muda negara di Sepanyol
Bermain menentang pasukan bola sepak ternama di Sepanyol adalah antara pengalaman manis buat pemain muda negara Allee Putra Azril sepanjang dua tahun 'berguru' di Akademi Malaga City FC.

Chong Wei harap raketnya bawa 'ong' kepada Tze Yong teruskan legasi
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap penyerahan raket miliknya kepada pemain sedang meningkat, Ng Tze Yong membawa 'ong' (tuah) kepada pemain muda itu.

Libat urus MAFI dengan pihak berkepentingan pastikan bekalan ayam mencukupi - Ronald
Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara.

Pejuang sudah bersedia untuk PRU15: Dr Mahathir
Pejuang akan memberikan saingan kepada parti lain yang bertanding dengan meletakkan calon.

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Minyak Masak Subsidi | Salah guna peniaga sumbang kepada kenaikan harga
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa mendakwa berlaku penyelewengan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram. Katanya, minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk penggunaan di rumah, digunakan oleh golongan peniaga.

Isu Gugur Kandungan | Google padam sejarah lokasi pengguna, elak tindakan
Gergasi teknologi, Google akan memadam sejarah lokasi pengguna yang melawat klinik untuk menggugurkan kandungan. Ini bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengharamkan pengguguran kandungan baru-baru ini.

Kerjasama dengan GRS, BN Sabah akan tentukan, tidak mahu ditipu - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menentukan hala tuju mereka bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Majlis Perniagaan ASEAN-AS mahu perkukuhkan kerjasama dengan Kementerian Kewangan, BNM - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata US-ABC telah menyatakan hasrat mereka untuk mengukuhkan kerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Malaysia akan terus gandakan usaha sedia iklim ekonomi kondusif - Azmin
Mohamed Azmin menyifatkan mesyuarat Majlis Perniagaan ASEAN-AS berakhir dengan positif.