BUSINESS
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama strategik sektor pertanian, keterjaminan makanan

Hasrat itu dicapai menerusi siri pertemuan dua hala sempena lawatan rasmi ke Rusia dari 13 hingga 17 Mei lepas, yang merupakan sebahagian daripada delegasi rasmi diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia dan Rusia komited memperkukuh kerjasama strategik khususnya dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan selain meneroka peluang pelaburan dan teknologi antara kedua-dua negara.
Hasrat itu dicapai menerusi siri pertemuan dua hala sempena lawatan rasmi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ke Rusia dari 13 hingga 17 Mei lepas, yang merupakan sebahagian daripada delegasi rasmi diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan di sela-sela program di Moscow, Mohamad turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian Rusia Oksana Lut.
"Dalam pertemuan ringkas ini, beliau (Mohamad) memaklumkan keputusan kerajaan Malaysia meluluskan penyerantauan bagi penyakit Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) di Wilayah Penza, di samping menyerahkan surat rasmi berkaitan perkara tersebut," menurut KPKM.Sementara itu, Mohamad juga mengadakan pertemuan dua hala dengan Timbalan Menteri Pertanian Rusia Maxim Markovich di Kazan iaitu pertemuan berkenaan memberi penekanan kepada usaha memperkukuh kerjasama sedia ada serta meneroka potensi baharu dalam sektor pertanian secara lebih strategik, tersusun dan mampan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami