awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA terima reaksi positif, pergerakan penumpang semakin lancar
Mangsa banjir di Johor meningkat, Sarawak berkurangan pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Singapura setuju tangguh projek HSR hingga Mei 2020

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
05/09/2018
10:09 MYT
Malaysia, Singapura setuju tangguh projek HSR hingga Mei 2020
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali mengesahkan kos penangguhan projek akan melibatkan pembayaran S$15 juta (RM45.1 juta) kepada Singapura.
Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk menangguhkan projek Kerata Api Berkelajuan Tinggi (HSR) sehingga 31 Mei 2020.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali mengesahkan kos penangguhan projek akan melibatkan pembayaran S$15 juta (RM45.1 juta) kepada Singapura.
“Buat masa ini, saya tidak mahu mengulas mengenai kos pembatalan projek kerana komitmen kami adalah untuk meneruskan projek HSR selepas Mei 2020,” katanya.
Beliau berkata dalam satu sidang media bersama Menteri Pengangkutan dan Penyelarasan Infrastruktur Singapura Khaw Boon Wan, di sini, pada Rabu.
Sementara itu, Khaw Boon Wan dalam sidang media yang sama berkata beliau yakin komitmen kedua-dua negara dalam melaksanakan projek HSR.
“Penduduk Singapura amat teruja dan kami komited untuk projek ini diteruskan.
“Laluan 400km antara Kuala Lumpur dan Singapura ini adalah ‘sweet spot’ bagi pembangunan projek HSR, dan kami yakin ia mampu dilaksanakan nanti,” kata Khaw Boon Wan.
Sebelum itu, Majlis menandatangani Surat Sampingan Bagi Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) telah berlangsung di Bangunan Perdana Putra, yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean.
Topic Berkaitan
#API
#Azmin Ali
#ekonomi
#HSR
#kereta
#Kereta Api Berkelajuan Tinggi
#Kuala Lumpur
#Mahathir Mohamad
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan