awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terajui pengeluaran inovatif sarung tangan getah - MARGMA

Bernama
Bernama
06/09/2022
20:05 MYT
Malaysia terajui pengeluaran inovatif sarung tangan getah - MARGMA
Malaysia mengeluarkan kira-kira 259 bilion unit sarung tangan yang dibekalkan ke 195 negara, memenuhi kira-kira 65 peratus daripada permintaan global. - Gambar hiasan/Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysia terus menerajui dalam pengeluaran inovatif sarung tangan pembedahan dan pemeriksaan perubatan, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
Presidennya, Dr S. Supramaniam berkata negara mengeluarkan kira-kira 259 bilion unit sarung tangan yang dibekalkan ke 195 negara, memenuhi kira-kira 65 peratus daripada permintaan global.
"Pada 2021, Industri Sarung Tangan Getah menyumbang RM54.81 bilion atau 3.78 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berikutan lonjakan permintaan dan purata harga jualan (ASP) yang luar biasa akibat pandemik COVID-19.
"Selepas keseimbangan, permintaan dan ASP kembali normal kepada paras sebelum pandemik. Oleh itu, tahun ini kami menjangka nilai eksport industri sarung tangan getah pada sekitar RM23 bilion atau kira-kira 1.2 peratus daripada KDNK 2022," katanya dalam kenyataan pada Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa (IRGCE) ke-10.
Beliau berkata permintaan global untuk sarung tangan getah dijangka sebanyak 399 bilion unit pada 2022 dengan pertumbuhan tahunan tahun ke tahun dijangka sebanyak 10 hingga 12 peratus.
"Pengeluar Malaysia pada masa ini mempunyai keupayaan untuk menghasilkannya pada kelajuan terkini antara 42,000 dan 45,000 juta unit sarung tangan sejam daripada serendah 3,000 unit sejam, 12 tahun lepas.
"Pada 2008, dicatatkan 9.7 pekerja/1 juta sarung tangan/bulan. Bagaimanapun, berdasarkan pelaburan dalam automasi yang berterusan, kami menjangka menjelang 2024, akan mencecah 1.5 pekerja/1 juta sarung tangan/bulan," katanya.
Supramaniam berkata MARGMA percaya sarung tangan getah asli akan membuat kemunculan semula apabila minda dan kebimbangan pembeli dapat ditangani dengan sewajarnya.
"Sarung tangan getah asli dan sintetik alternatif akan menyaksikan penerimaan pengguna yang lebih luas.
"Industri juga semakin maju dalam bidang ekonomi kitar semula dengan bahan mentah, aditif dan bahan baharu yang mesra alam dan terbiodegradasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#sarung tangan getah
#MARGMA
#permintaan global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan