Syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air mengadakan semula penerbangan dari Ipoh ke Medan, Indonesia.
Penerbangan dari Ipoh ke Medan pada pukul 10.05 pagi manakala penerbangan dari Medan ke Ipoh pada pukul 11.20 pagi.
Pada tahun 2014, Malindo Air pernah melancarkan penerbangan Ipoh-Medan-Ipoh, namun ia tidak bertahan lama atas sebab tertentu.
Harga tambang yang ditawarkan oleh Malindo Air kali ini ialah serendah RM169 sehala, namun harga itu akan berubah dari semasa ke semasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata kekerapan penerbangan dari Ipoh ke Medan adalah empat kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.
Beliau berkata dengan adanya laluan penerbangan ini diharap dapat menambah bilangan pelancong melalui Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).
"Kita lihat pada tahun 2016 kita terima bilangan ketibaan pelancong sebanyak 269,601 manakala pada tahun lepas sebanyak 273,713," katanya ketika sidang media selepas menyambut ketibaan penerbangan pertama Malindo Air dari Medan ke Ipoh di LTSAS di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Nolee Ashilin berkata dengan kembalinya penerbangan itu ia merupakan peluang terbaik kepada penggiat industri pelancongan di Perak untuk memasarkan produk mereka ke negara itu.
Katanya, penggiat industri pelancongan Perak perlu mempelbagaikan pakej dan perkhidmatan pelancongan bagi merancakkan lagi industri tersebut di negeri ini.
"Potensi untuk kita kembangkan industri pelancongan khasnya kepada pelancong negara jiran amat besar, jadi kita harapkan semua pihak sama ada dari agensi swasta dan kerajaan memainkan peranan dengan menyediakan pakej dan perkhidmatan yang lebih kreatif untuk kita pasarkan.
"Kali ini sasaran kita kepada pelancongan perubatan dan hiburan keluarga. Jadi padanan perniagaan ini akan disertai oleh hospital di Perak yang menerima pelancong kesihatan serta pemilik produk yang akan memastikan penerbangan Medan/Ipoh ini akan membawa lebih ramai pelancong dari negara jiran itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 16 2018
Dengan kembalinya penerbangan Malindo Air itu, ia merupakan peluang terbaik kepada penggiat industri pelancongan di Perak untuk memasarkan produk mereka ke negara itu. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pegawai polis langgar pelajar: Pasukan pembelaan baharu, bicara ditangguh
Peguam M Athimulan dalam permohonannya berkata, mereka secara rasmi mewakili tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, mulai pagi ini.
Lelaki ditemui maut dalam kenderaan 4WD disyaki bunuh diri - Polis
Mangsa seorang warga tempatan berumur 42 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu tanpa kecederaan pada tubuhnya.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.
'Tiada insiden cubaan culik, hanya salah faham' - Polis
Polis mengesahkan tiada insiden cubaan culik seorang kanak-kanak lelaki di Laluan Meru Perdana 13, Taman Meru Perdana di sini yang tular di media sosial baru-baru ini.
Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun
Wan Muhamaad Sofie mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Bunyi letupan, gegaran di Ipoh tiada kaitan latihan letupan atau kuari - Polis
Hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan hari ini.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Suami rayu kesan isteri hilang lebih sebulan
Muhammad Noor bimbang selepas isterinya gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk mengutip besi lusuh.
LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
34 cedera, bas dua tingkat rempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Utara Selatan
Tiga mangsa yang duduk di tingkat bawah bas tersepit, manakala 30 mangsa di tingkat atas cedera ringan dan berjaya keluar dengan sendiri.