Syarikat penerbangan Malindo Air bakal dijenamakan semula dan akan dikenali sebagai Batik Air Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Malindo Air berkata penjenamaan semula itu dilakukan bagi tujuan penyelarasan anak syarikat di bawah Lion Airlines iaitu Batik Airlines Indonesia dan juga Wings Air.

Susulan itu, Batik Air Malaysia akan memberi fokus kepada laluan antarabangsa manakala Batik Airways Indonesia pula akan memberi tumpuan kepada laluan serantau.

Selain dari nama yang ditukarkan, operasi lain bersangkutan syarikat penerbangan itu kekal tidak berubah.

Ketika ini kumpulan Lion Air Group menguasai Lion Air, Wings Air, Batik Air (Indonesia), Lion Bizjet, Malindo Air (Malaysia) dan Thai Lion Air (Thailand).