BUSINESS
McDonald’s Malaysia raikan komuniti seluruh negara menerusi Rumah Terbuka Raya Mekdi

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Chin Mei Lee (dua dari kiri), Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pegawai Impak, Melati Abdul Hai (tengah) dan Pengarah Urusan merangkap Rakan Operasi Tempatan, Datuk Azmir Jaafar (dua dari kanan).
KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia buat julung kalinya menganjurkan Rumah Terbuka Raya Mekdi sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan berterusan terhadap jenama itu selama ini.
Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk terus menyantuni masyarakat setempat di seluruh negara.
“Rumah Terbuka Raya Mekdi ini mencerminkan teras utama syarikat dalam menyantuni komuniti di mana restoran kami beroperasi. Kami tidak menganggap komuniti sebagai entiti asing, sebaliknya sebagai keluarga yang berkembang bersama kami. Ini adalah cara kami memberi penghargaan kepada pelanggan kami dan menyerlahkan nilai kebersamaan serta saling menghargai sempena musim perayaan ini,” katanya semasa majlis perasmian di cawangan McDonald’s Pantai Sentral Park, di sini.
Program tersebut menampilkan lebih 1,500 hidangan set McDonald’s Foldover Ayam percuma kepada pengunjung, di samping pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan dan penampilan istimewa dari artis-artis popular, aktiviti kekeluargaan dan sesi beramah mesra bersama kakitangan restoran.
Gelagat pengunjung cilik ketika menerima set McDonald’s Foldover Ayam McDonald’s Pantai Sentral Park. - Gambar McDonald's Malaysia
Menurut Melati, acara ini turut memperkukuh usaha tahunan McDonald’s Malaysia yang secara konsisten melaksanakan lebih 10,000 inisiatif komuniti merangkumi pelbagai aspek termasuk bantuan pendidikan, kebajikan dan program keagamaan.
“Sepanjang bulan Ramadan, kami anjurkan program Kongsi Rezeki Ramadan, menyediakan juadah buka puasa dan moreh serta menyumbangkan Kotak Rezeki kepada golongan memerlukan. Kini apabila tiba Syawal, kami ingin terus menyemarakkan semangat perayaan bersama masyarakat,” tambahnya.
McDonald's Malaysia juga bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) untuk menjemput anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Darul Sakinah dengan juadah istimewa dan pelbagai permainan yang menyeronokkan untuk memeriahkan Rumah Terbuka Raya Mekdi.
Selain sambutan rumah terbuka, McDonald’s Malaysia turut memperkenalkan pelbagai promosi istimewa termasuk pemberian makanan dan minuman percuma pada dua hari pertama Aidilfitri serta tawaran eksklusif menerusi aplikasi McD.

Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang untuk turut serta bermain permainan yang disediakan bagi memenangi hadiah istimewa. - Gambar McDonald's Malaysia
Sebanyak 26 restoran McDonald’s terpilih juga dihias dengan dekorasi meriah berunsurkan Hari Raya bagi menceriakan suasana sambutan kepada pelanggan.
Rumah Terbuka Raya Mekdi akan diteruskan ke empat lagi lokasi iaitu McDonald’s Bandar Sri Damansara pada 12 April, Indera Mahkota Pahang (18 April), Bandar Baru Uda Johor (19 April), dan Tabuan Jaya Sarawak pada 26 April.
Inisiatif ini sekali gus menegaskan komitmen McDonald’s Malaysia dalam menjadi sebahagian daripada komuniti dan bukan sekadar restoran khidmat segera, tetapi syarikat tempatan dalam mengukuhkan semangat perpaduan rakyat Malaysia.

Persembahan tradisional bagi memeriahkan lagi suasana Rumah Terbuka Raya Mekdi. - Gambar McDonald's Malaysia

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami