JOHOR BAHRU: Mercedes-Benz AG memilih Malaysia sebagai pusat logistik komponen serantaunya bagi Asia Pasifik untuk mengurus dan mengedar pelbagai alat ganti serta aksesori berkaitan yang melibatkan perkhidmatan bagi 22 negara.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata, kemudahan baharu di Senai dekat sini, akan meliputi ruang penyimpanan berkapasiti kira-kira 92,903.04 meter persegi dan dilengkapkan dengan sistem penyimpanan dan kendalian bahan serba maju untuk kelancaran perkhidmatan rangkaian pengedaran serantaunya.
Menurutnya, perkara itu telah dibincangkan dalam Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Jerman yang diketuai oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada minggu lepas.
Mengulas perkembangan itu, Mohamed Azmin menyifatkan keputusan Mercedes-Benz itu tidak hanya memaparkan usaha syarikat tersebut untuk mencatat pertumbuhan berterusan, namun turut membuktikan keyakinannya ke atas ekosistem kondusif negara serta kekuatan sedia ada bagi menyokong pertumbuhan jangka panjang.
"Ini juga satu pengiktirafan ke atas kemampuan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi seperti jurutera, juruteknik selain kedudukan Malaysia sebagai hab rantaian dan pengedaran bekalan utama global di rantau ini," kata beliau.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Arham Abdul Rahman berkata, kerajaan juga memperakui mengenai kesan limpahan positif pelaburan berkualiti terhadap pembangunan ekosistem perniagaan di negara ini.
"Sehubungan itu, MIDA akan terus konsisten dalam usaha kita untuk meninjau dan menarik pelaburan berkualiti dari serata dunia.
"Malah, pelaburan terkini oleh pihak Mercedes-Benz AG juga melibatkan peranan kritikal untuk terus memperkukuh aspek hubung kait dalam industri tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk kalangan rakyat Malaysia selain meningkatkan kedudukan negara sebagai hab rantaian bekalan dan pengedaran global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021
Keputusan Mercedes-Benz itu disifat membuktikan keyakinannya ke atas ekosistem kondusif negara serta kekuatan sedia ada bagi menyokong pertumbuhan jangka panjang. -REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Mercedes-Benz buka loji kitar semula bateri pertama Eropah
Loji itu mampu memulihkan lebih 96 peratus bateri terpakai dan menukar 2,500 tan bahan yang dipulihkan menjadi lebih 50,000 modul bateri.
Bos Mercedes-Benz gesa EU turunkan tarif kenderaan elektrik China
Tarif terhadap kereta elektrik yang diimport dari China harus diturunkan di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Eropah (EC) terhadap import kereta elektrik dari China.
'Ada perkara yang kita tak mampu boikot' - Ahmad Fadhli
Semalam, Zhemin mempersoalkan Kerajaan Kelantan yang masih menggunakan kereta mewah, Mercedes Benz yang turut menyumbang kepada ekonomi Israel.
Mercedes-Benz Malaysia perkenal SUV EV baharu dengan 7 tempat duduk
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd melancarkan varian kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah elektrik dengan tujuh tempat duduk terbaharu, EQS 580 4MATIC.
Pemandu Mercedes Benz berdepan denda RM1 juta seludup minyak petrol
Pemandu Mercedes Benz itu akan berulang-ulang setiap hari dengan membawa dan menjual bahan api kawalan itu ke negara jiran.
7 pembuat kereta di Korea Selatan panggil balik 326,723 kenderaan
Tujuh pembuat kereta tempatan dan asing di Korea Selatan secara sukarela menarik balik 326,723 kenderaan ekoran kecacatan pembuatan, menurut Kementerian Pengangkutan pada Rabu.
2 maut dalam insiden tembakan di kilang Mercedes-Benz
Menurut jurucakap pejabat pendakwa raya Stuttgart, suspek berusia 53 tahun berjaya ditahan susulan kejadian di Sindelfingen.
Cycle & Carriage Bintang dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia hari ini
Pengedar jenama Mercedes-Benz, Cycle & Carriage Bintang Berhad (CCB) dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia berkuat kuasa hari ini.
Firma Singapura Jardine CCL tingkatkan ekuiti 91% dalam Cycle & Carriage Bintang
Jardine CCL membuat tawaran terkini pada harga RM2.70 sesaham.