awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
02/05/2024
05:45 MYT
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
Satya Nadella ketika memberi ucaptama mengenai Era Baharu AI di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar/ AP
KUALA LUMPUR: Microsoft mengumumkan untuk melabur AS$2.2 bilion (RM10.48 bilion) dalam kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia, untuk tempoh empat tahun akan datang.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satya Nadella berkata, pelaburan itu termasuk membina infrastruktur digital, mewujudkan peluang kemahiran AI, menubuhkan Pusat Kecemerlangan AI Nasional dan meningkatkan keupayaan keselamatan siber negara.
"Perkara yang saya sangat teruja untuk umumkan hari ini ialah pengumuman pelaburan AI dan pembangunan infrastruktur awan sebanyak AS$2.2 bilion di Malaysia.
"Kami mahu memastikan bahawa kami mempunyai infrastruktur bertaraf dunia di negara ini supaya setiap organisasi, pembangun perisian dan syarikat pemula niaga boleh menggunakannya, bukan sahaja untuk negara ini tetapi untuk dunia dan rantau ini," katanya ketika memberi ucaptama mengenai Era Baharu AI di sini, pada Khamis.
Terdahulu, Nadella yang dalam rangka lawatan sehari turut bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri pagi Khamis.
Dalam pada itu, dalam lawatan ke Jakarta pada 30 April lalu, Nadella mengumumkan bahawa Microsoft akan melabur AS$1.7 bilion (RM8.09 bilion) dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan AI di Indonesia,
Pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di Indonesia.
Selain itu, Nadella turut menyatakan persetujuan untuk mewujudkan wilayah pusat data pertama Thailand untuk meningkatkan infrastruktur awan dan AI, menjanjikan latihan AI kepada lebih 100,000 rakyat negara itu membangunkan teknologi ketika pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Microsoft
#pelaburan di Malaysia
#AI
#Satya Nadella
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan