KUALA LUMPUR: Jenama rangkaian kedai serbaneka Miniso melebarkan sayapnya dengan pembukaan pink store pertama di pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil, di sini.
Diasaskan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ye Guo Fu, Miniso berkembang pesat sejak penubuhannya pada 2013, kini mempunyai lebih 4,200 cawangan di 80 negara termasuk Malaysia.
Menurutnya, lokasi yang berkeluasan 3,700 persegi itu menandakan satu peristiwa penting buat jenama itu sebagai kedai merah jambu dengan mengaplikasikan konsep kolaborasi dengan jenama popular keluaran Mattel, Barbie.
"Sebagai jenama kedai barangan kehidupan paling trendy masa kini, tujuan Miniso adalah Life is for Fun yang menggalakkan falsafah kegembiraan kepada pelanggan.
"Setiap produk yang dihasilkan oleh Miniso mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan orang ramai dan menawarkan kejutan serta keseronokan kepada pelanggan.
"Reka bentuk yang estetika, kualiti dan kemampuan adalah teras bagi setiap produk dalam portfolio produknya yang luas, Miniso terus mengeluarkan produk yang berkualiti ini secara kerap," katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.
Selain Malaysia, Miniso mempunyai cawangan di Amerika Syarikat dan Kanada serta Eropah.
Guo Fu berkata, kepesatan ekonomi dan pertambahan bilangan penduduk serta minat mendalam terhadap pelbagai produk gaya hidup apatah lagi yang memiliki jenama harta intelek (IP) popular dunia menjadikan Malaysia sebagai antara fokus pasaran Miniso di Asia Tenggara.
"Kami medapati Malaysia adalah antara pasaran terbesar syarikat di rantau ini dan sehingga sekarang, jenama Miniso telah mendapat sambutan baik daripada pelanggan.
"Sasaran pelanggan adalah kumpulan muda tetapi syarikat mahu meluaskan lagi kepada semua generasi yang berusia semuda lima tahun hingga lebih 35 tahun," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai produk termasuk BT21, Minions, Pokemon, Disney, Barbie serta Plush Dun Dun Chicken di cawangan itu.
Turut ditawarkan barisan produk kecantikan dari jenama terkenal seperti Skintific, Y.O.U, Dazzle, BNB, Wardah, IN2IT, Into You, KissMe, 16 Brand, BBIA, Dododots dan Bone Idol Beauty
Astro Awani
Mon Jun 24 2024

Ye Guo Fu berkata, setiap produk yang dihasilkan oleh Miniso mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan orang ramai. - Foto Miniso

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.
Trump minta Fed potong kadar faedah segera, bukan kemudian
Rizab Persekutuan AS (Fed) diseru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump agar segera menurunkan kadar faedah sambil mengkritik pengerusinya, Jerome Powell, yang menurutnya sering bertindak lambat dan mungkin mensia-siakan peluang sekali lagi.
Ibu kebumi anak lelaki terkena serangan udara di Khan Younis
Seorang wanita mengebumikan anak lelakinya pada Ahad setelah terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di al-Mawasi, Khan Younis, Gaza, malam tadi.

Lumba haram: 10 warga Malaysia didenda di Hat Yai
Sepuluh pelancong Malaysia dikenakan denda oleh polis Thailand atas kesalahan memandu secara berbahaya di Daerah Hat Yai pada Jumaat lepas.

Astro lancar Max di Ultra dan Ulti Box, bawakan lebih piilihan hiburan premium untuk kediaman di Malaysia
Astro, selaku peneraju kandungan dan hiburan hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi penstriman Max, servis platform penstriman oleh Warner Bros. Discovery.

Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.

Disney tubuh pejabat pemboleh daya teknologi khusus untuk AI, AR
Pejabat ini akan membangunkan teknologi AI dan AR untuk digunakan dalam filem, televisyen, dan taman tema Disney.

'Avatar 3: Fire And Ash' bakal temui peminat pada 2025
James Cameron mengumumkan tajuk filem baharu "Avatar 3: Fire And Ash," yang dijadual ditayangkan pada 2025.

Miniso buka pink store pertama di Malaysia
Jenama rangkaian kedai serbaneka Miniso melebarkan sayapnya dengan pembukaan pink store pertama di pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil.

Disney labur AS$1.5 bilion dalam Epic Games, IP muncul di ekosistem Fortnite
Kesemua IP popular Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, Avatar dan banyak lagi akan boleh diakses menerusi dunia hiburan ini.

Disney+ mula halang perkongsian kata laluan di AS
Disney Mula Menghalang Perkongsian Kata Laluan Di Amerika

Netflix akan tamatkan pelan 'Basic' tanpa iklan di beberapa negara
Ia akan dilakukan di Kanada terlebih dahulu sebelum turut akan ke Amerika Syarikat dan UK pada Q2 2024.

Disney 'hilang' hak cipta Mickey Mouse
Hak cipta bagi versi awal watak itu tamat selepas 95 tahun sepertimana mengikut undang-undang di AS.

'The Little Mermaid' ungguli carta pecah panggung di Amerika Utara
Filem The Little Mermaid mendahului carta jualan tiket pecah panggung di benua Amerika Utara dengan anggaran jualan dalam masa tiga hari pada hujung mencecah AS$95.5 juta.