awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan membuahkan hasil - MITI

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/10/2018
04:40 MYT
Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan membuahkan hasil - MITI
LEIKING: Potensi pelaburan melibatkan industri petrokimia, logistik, peralatan perubatan, elektrik dan elektronik, perkakas rumah dan perabot. - BERNAMA/Fail
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah berjaya menarik potensi pelaburan berjumlah RM2.13 bilion dari Jepun, hasil Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke negara itu baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Ignatius Darell Leiking berkata, turut diintai adalah import berpotensi yang dijalin dengan syarikat dari Osaka berjumlah RM33 juta.
Ia melibatkan potensi pelaburan dalam industri petrokimia, logistik, peralatan perubatan, elektrik dan elektronik, perkakas rumah dan perabot.
"Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ini akan diteruskan pada tahun 2019 dan akan memberi tumpuan kepada rakan dagang utama dan rakan strategik Malaysia berdasarkan sektor fokus. Ini termasuklah ASEAN, Amerika Syarikat, China, Kesatuan Eropah, India, Afrika Selatan, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Malah, katanya pelaburan berpotensi berjumlah RM711.4 juta dijana hasil lawatan ke Korea tertumpu kepada sektor bahan kimia, elektrik dan elektronik serta perkakas rumah.
Manakala jualan berpotensi dianggarkan adalah RM1 bilion hasil pertemuan semasa sesi '1-to-1 business meeting'.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) yang meminta MITI menerangkan hasil lawatan misi perdagangan kementerian ke luar negara seperti Jepun dan Korea baru-baru ini dan apakah rancangan lawatan misi perdagangan kelak.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Ignatius Darell Leiking
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan