CYBERJAYA:Dalam meraikan 25 tahun memimpin industri teknologi dan digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyedari bahawa transformasi dan penerapan digital sangat penting, terutama untuk masyarakat dan industri memanfaatkan peluang baharu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Surina Shukri berkata, MDEC yakin struktur kepemimpinan baharu akan meningkatkan capaian dan membolehkan visi teknologi 4IR dicapai, sekali gus membawa kepada kemakmuran bersama atau Malaysia 5.0.
"Misi 'Reinvent MDEC' termasuklah membawa bakat luar biasa yang mempunyai pengalaman dalam sektor swasta dan awam, ditambah dengan pendekatan dan pemikiran baharu.
"Objektifnya jelas, iaitu memperhebatkan inisiatif MDEC untuk mengembangkan ekonomi digital negara, terutama dalam mengatasi cabaran yang boleh mengganggu peluang dalam norma baharu ini.
"Tumpuan akan diberikan kepada mengaktifkan kemahiran digital dan pekerjaan untuk orang ramai, memudahkan perniagaan digital dan teknologi, mempercepat penggunaan digital dan mendorong pelaburan digital," kata Surina.
"MDEC menyedari dan telah mengambil tindakan untuk membawa bakat dan teknokrat yang berfokus pada industri untuk membantu Malaysia membuat transformasi digital ke arah 4IR dan menuju ke arah visi Malaysia 5.0 yang akan memberi manfaat kepada banyak pihak," kata Pengerusi MDEC, Datuk Dr Rais Hussin.
MDEC juga mengulangi komitmen untuk terus menerima perubahan, menarik bakat berprestasi tinggi dan mengalu-alukan tenaga kerja baharu untuk mentransformasikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat dengan ketelusan, kebolehpercayaan dan integriti.
Astro Awani
Thu Jan 21 2021

MDEC yakin struktur kepemimpinan baharu akan meningkatkan capaian dan membolehkan visi teknologi 4IR dicapai.
![[INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin [INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893558/8967789641614789796507_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 03 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Perodua Ativa | Teknologi terkini dengan harga lebih berpatutan
Selepas sekian lama berteka-teki, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akhirnya melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) keduanya, Perodua Ativa pada 3 Mac 2021.

Dadah | Sindiket dadah guna kurier tumpas
Tiga lelaki tempatan ditahan dalam tiga serbuan pada 26 Februari lalu sekaligus satu sindiket penghantaran dan pengedaran dadah menggunakan khidmat penghantar barang di sekitar Lembah Klang ditumpaskan. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan, penghantar barang atau runner yang membawa bekalan dadah berkenaan memperoleh ganjaran lumayan sehingga RM10,000 untuk setiap 'trip'.

Struktur Runtuh | Dua maut, tiga mangsa terselamat
Dua wanita maut, sementara tiga individu lain termasuk pemandu van kilang terselamat selepas kenderaan mereka naiki dihempap runtuhan struktur binaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada petang Rabu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, turut memaklumkan kesemua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan berjaya dikeluarkan.

Runtuhan Binaan SUKE | Tunggu laporan pihak berkuasa - Fadillah
Dalam pada itu Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan laporan awal mendapati insiden struktur pembinaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh pada petang Rabu disebabkan ia dilanggar sebuah treler. Beliau yang berada di Program Bicara Naratif Terbitan RTM turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan penuh berhubung kejadian berkenaan dikeluarkan pihak berkuasa.

Kemalangan| Mangsa berkongsi detik cemas melalui telefon
Terdahulu, salah seorang mangsa runtuhan struktur binaan di Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang sempat dihubungi suaminya ketika masih dalam keadaan terperangkap di bawah sisa runtuhan. Mangsa, Zakiah Yaakop, 51 tahun yang sempat dihubungi suaminya, Kamarulzaman Awang memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun mengalami kesukaran untuk bergerak.

Kemalangan | Lori tiada kaitan dengan SUKE - Prolintas
Sementara itu Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., pemaju bagi Projek Pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menafikan lori yang melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang rabu terlibat dalam pembinaan lebuh raya berkenaan. Ia juga mendakwa lori jenis treler itu membawa lebih muatan. Pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.

Dana 1MDB | Siasatan terhadap Tawfiq Ayman masih berjalan
Polis masih meneruskan siasatan terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman berkaitan penerimaan Dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaun bank miliknya di Singapura. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, siasatan dibuat mengikut seksyen 4(1)(A) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada hasil daripada aktiviti haram 2001.

Jangan 'mandulkan' demokrasi - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO memohon agar Kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak mengadakan persidangan Parlimen

Guru Juara Digital MDEC guna TikTok dalam PdPR
Program #CikguJuaraDigital, MDEC mencari guru yang boleh menjadi penanda aras berkaitan dengan teknologi pendidikan di Malaysia.

Rasuah Busters: Tiada lagi tender terus atau tertutup dalam MDEC - Rais Hussin
Ia antara inisiatif MDEC untuk memastikan tiada unsur rasuah atau salah laku yang melibatkan agensi berkenaan dalam pengurusan projek.

Ekoran COVID-19, lebih banyak IKS mahu terlibat dalam ekosistem pendigitalan
COVID-19 menyebabkan penggiat IKS tidak lagi bertanya 'kenapa', tetapi 'bagaimana' mahu menceburkan diri dalam ekosistem pendigitalan perniagaan.

Usahawan di pedalaman bimbingan MDEC raih jualan RM60,000 sebulan
Program PeDAS yang dilaksanakan MDEC dengan kerjasama KKMM dapat menyelesaikan masalah kekurangan akses kepada pengetahuan dan panduan perniagaan.

Misi MDEC bawa bakat luar biasa untuk perkasa ekonomi digital
MDEC yakin struktur kepemimpinan baharu akan meningkatkan capaian dan membolehkan visi teknologi 4IR dicapai.

Twitter padam ciapan Pengerusi MDEC mengenai 'ubat COVID-19'
Twitter memadamkan ciapan terbaharu Rais Hussin Mohamed Ariff kerana dikatakan mengandungi maklumat tidak benar mengenai COVID-19

MDEC sambut baik komitmen menteri laksana perubahan dalam budaya rakyat
MDEC sokong sepenuhnya hala tuju menteri untuk maju pada 2021 dengan pola pemikiran baharu.

Digitalisasi ekonomi ruang baharu PKS
Sebagai sebuah platform dalam talian dan penggerak teknologi di negara ini, Grab Malaysia terus menjadi medium membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik itu.

Transformasi pendigitalan satu keperluan kepada perniagaan - Ahli panel
Transformasi pendigitalan bukan lagi satu kemewahan tetapi keperluan terutamanya bagi perniagaan yang menghadapi pelbagai cabaran.

Gesaan langkah drastik atasi kemiskinan digital masyarakat bandar dan luar bandar
Keadaan tersebut turut menyebabkan usaha untuk memajukan diri khususnya dengan memanfaatkan teknologi digital, tidak dapat dilaksanakan.