awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MISIF harap bayaran balik GST dibayar sebelum pelaksanaan SST

Bernama
Bernama
23/08/2018
21:33 MYT
MISIF harap bayaran balik GST dibayar sebelum pelaksanaan SST
Satu kaji selidik melibatkan 32 anggota MISIF menunjukkan bahawa bayaran balik cukai input berjumlah kira-kira RM85 juta belum diterima.
Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) berharap bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dibayar sebelum pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk memulihkan keyakinan perniagaan dan mendepani cabaran sukar pada masa hadapan.
Persekutuan itu, dalam satu kenyataan pada Khamis berkata meskipun ia memahami kekangan fiskal yang dihadapi kerajaan, sebarang kelewatan lagi akan menjejaskan operasi perniagaan dan mengganggu aliran tunai.
"Industri keluli telahpun dibebani dengan peningkatan kos tahun ini berikutan kenaikan dua kali ganda tarif tenaga (gas asli dan elektrik) yang berkuat kuasa 1 Julai, pelaksanaan Skim Insurans Pekerjaan (1 Jan), ketidakpastian berkaitan gaji minimum dan pengambilan semula pekerja asing, serta akses kredit yang ketat oleh institusi kewangan ke atas industri keluli.
"Walaupun kami menghargai kejujuran dan kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan perkara ini, kami menggesa kerajaan mempertimbangkan kebimbangan anggota kami sekiranya tempoh menunggu terus berlanjutan," kata Persekutuan itu.
Satu kaji selidik baru-baru ini melibatkan 32 anggota MISIF menunjukkan bahawa bayaran balik cukai input berjumlah kira-kira RM85 juta masih lagi belum diterima.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai
#GST
#kerajaan
#Malaysia
#MISIF
#operasi
#pekerja asing
#Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan