awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA nafi laporan ''Kerajaan rugi RM1 bilion' berkaitan cukai dalam portal berita

Bernama
Bernama
17/08/2016
00:30 MYT
MMA nafi laporan ''Kerajaan rugi RM1 bilion' berkaitan cukai dalam portal berita
MMA sedang bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendidik para doktor dengan layanan adil dan saksama mengenai sumbangan cukai mereka. - Gambar fail
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pada Selasa menafikan sebuah artikel yang diterbitkan sebuah portal berita tempatan mengenai 'Kerajaan rugi RM1 bilion daripada golongan profesional yang tidak mengisytiharkan cukai'.
Presiden MMA Dr John Chew Chee Ming berkata laporan berita itu menyatakan anggapan umum dan bukannya kebenaran, yang tidak menyumbang kepada perdebatan serius mengenai topik kepentingan pembayaran cukai oleh golongan profesional.
"Adalah malang ketidakadilan dibuat dengan nama doktor yang didakwa mengelak cukai diterbitkan di dalam laporan berita itu. Ia semestinya tindakan tidak bertanggungjawab oleh portal berita itu dalam menerbitkan perkara itu," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
MMA sedang bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendidik para doktor dengan layanan adil dan saksama mengenai sumbangan cukai mereka, katanya.
Pada Isnin, laporan dalam Free Malaysia Today (FMT) menyebut golongan profesional berhutang dengan kerajaan kira-kira RM1 bilion dalam cukai yang tidak diisytiharkan, dengan 20 peratus daripadanya terdiri daripada pengamal perubatan (doktor).
Topic Berkaitan
#John Chew Chee Ming
#LHDN
#Persatuan Perubatan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan