KUALA LUMPUR: Moody's Investors Service (Moody's) menjangka pertumbuhan kewangan Islam yang kukuh di Malaysia akan berterusan untuk tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang disokong oleh lebih banyak inisiatif kerajaan dan perbankan digital.
Penganalisis Kumpulan Institusi Kewangan Chong Jun Wong berkata sama seperti pasaran Islam utama lain, pertumbuhan bank Islam di Malaysia sebenarnya telah mengatasi pertumbuhan rakan setara konvensional mereka sejak beberapa tahun ini.
"Ini disokong oleh beberapa perkara. Pertama, rangka kerja Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) yang diwujudkan oleh kerajaan pada 2018 serta meningkatkan keupayaan digital bank Islam yang lebih kecil dan strategi 'Islamic First' yang dilaksanakan oleh kumpulan perbankan utama," katanya dalam webinar bertajuk "Growth In Malaysia's Islamic Finance Resilient Despite Challenges" hari ini.
Beliau berkata kerajaan turut mengeluarkan lima lesen perbankan digital pada tahun lepas, yang diberikan kepada kewangan Islam.
Selain itu, katanya pelan untuk membangunkan ekonomi Halal seperti yang digambarkan oleh Pelan Induk Industri Halal 2030, yang dilancarkan awal tahun ini dan Pelan Tindakan Sektor Kewangan (FSB) yang diperkenalkan pada tahun lepas dijangka memacu permintaan terhadap produk Islam.
"Kewangan Islam menyumbang kira-kira 40 peratus daripada jumlah pembiayaan di Malaysia, antara yang tertinggi jika dibandingkan dengan rakan setara dalam pasaran utama.
"Justeru, dengan sokongan dasar, kami menjangka kadar penembusan kewangan Islam di Malaysia akan terus berkembang," katanya.
Chong berkata strategi 'Islamic First' yang dilaksanakan oleh kumpulan perbankan yang besar turut menyumbang kepada kadar penembusan yang tinggi untuk kewangan Islam.
"Dengan strategi ini, bank komited untuk mengembangkan perniagaan perbankan Islam mereka dan mereka akan melakukannya dengan memberi keutamaan kepada produk Islam kepada pelanggan," katanya.
Selain itu, katanya bank Islam di Malaysia juga mempunyai rangkaian produk dan perkhidmatan yang luas untuk memenuhi keperluan pelanggannya dan pembiayaan perdagangan sebagai sebahagian daripada sokongan untuk mengembangkan ekonomi halal di Malaysia.
Beliau berkata bank Islam telah mewujudkan program untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bidang seperti pensijilan halal dan latihan.
Katanya ini akan membantu meningkatkan pelaksanaan kewangan Islam oleh syarikat yang diperakui halal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023
Moody's Investors Service (Moody's) menjangka pertumbuhan kewangan Islam akan datang disokong oleh lebih banyak inisiatif kerajaan dan perbankan digital. - Gambar fail
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
AWANI Ringkas: Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI untuk 2 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Niaga AWANI: Pekerja Kesuma Bangsa: Lonjakkan kesejahteraan pekerja, produktiviti organisasi
Bagaimana untuk memahami hubungan antara kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi, terutamanya dalam konteks Malaysia?
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga pekerja
Seri Paduka Baginda berdua bertitah warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Boleh guna kad debit, kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
Ketegangan geopolitik, lonjakan harga minyak cetus risiko ke atas Asia Pasifik
Firma itu menyifatkan peningkatan ketegangan geopolitik itu sebagai mencetuskan ancaman besar terhadap ekonomi Asia Pasifik dengan risiko utamanya daripada lonjakan harga minyak.
Moody's unjur pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik 4.5 peratus tahun ini
Peningkatan itu mencerminkan permintaan domestik yang berdaya tahan dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar dan risiko terhadap sektor pertanian serta inflasi akibat El Nino.
Moody's sah penarafan A3 EXIM Bank, kekal unjuran stabil
Agensi penarafan itu turut mengesahkan penilaian kredit garis dasar b2 (BCA) EXIM Bank.
Pertumbuhan bank Islam Malaysia melangkaui bank konvensional - Moody's
Menurut Moody's, kadar penembusan berada sekitar 20 peratus antara 10 hingga 15 tahun lalu.
Malaysia terima manfaat daripada risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China - Moody's Analytics
Moody's berkata apabila permintaan global beralih dari China ke Amerika Utara, negara-negara Asia akan mencari pelaburan baharu.
Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 4.0 peratus munasabah - Penyelidikan
Moody's Analytics berpandangan unjuran pertumbuhan empat peratus bagi Malaysia untuk tahun ini adalah munasabah bagi negara-negara di rantau ini.
Malaysia, Indonesia, Turkiye akan jadi penerbit sukuk berdaulat terbesar pada 2023-2024 - Moody's
Malaysia, Indonesia dan Turkiye akan menjadi penerbit berdaulat terbesar pada 2023-2024, mengatasi Arab Saudi yang menyumbang satu bahagian terbesar kepada terbitan sukuk berdaulat jangka panjang.
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi minggu ini - Moody's Analytics
Bank pusat dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi September pada 7-8 Sept, 2022.
Moody's sahkan penarafan A2 Petronas dengan prospek stabil
Menurut kenyataan itu, unjuran stabil tersebut adalah seiring dengan prospek stabil ke atas penarafan Malaysia.
Malaysia dijangka catat pertumbuhan ekonomi 6.0 peratus tahun ini - Moody's
Pembukaan semula sempadan antarabangsa akan memacu sektor perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan.