KUALA LUMPUR: Moody's Investors Services bertindak menurunkan unjuran pertumbuhan global bagi 2022 dan 2023 berikutan faktor pencerobohan Rusia ke atas Ukraine serta sekatan pergerakan akibat pandemik di China yang memburukkan lagi gangguan bekalan dan mencetuskan inflasi.
Dalam kenyataannya hari ini, Moody's berkata negara-negara maju dijangka berkembang pada 2.6 peratus bagi 2022 manakala pasaran pesat membangun tumbuh 3.8 peratus, susut daripada unjuran sebelumnya iaitu masing-masing pada 3.2 peratus dan 4.2 peratus.
Agensi penarafan kredit antarabangsa itu juga menjangkakan kadar inflasi yang tinggi itu akan berterusan selama beberapa bulan berikutan lonjakan harga tenaga dan makanan.
Menurut Naib Presiden Kanan/CSR Madhavi Bokil, Moody's juga tidak menjangkakan berlaku sebarang kemelesetan di negara-negara Kumpulan 20 (G20) pada 2022 atau 2023, kecuali Rusia.
"Bagaimanapun, masih terdapat pelbagai risiko yang boleh menjejaskan lagi unjuran ekonomi termasuk peningkatan tekanan tambahan ke atas harga komoditi, gangguan rantaian bekalan yang berpanjangan atau kelembapan lebih ketara di China.
"Langkah dasar monetari yang diperketat dalam persekitaran jangkaan inflasi yang berpanjangan dan tidak terkawal, juga boleh menjadi antara pemangkin bagi kemelesetan," katanya.
Moody's berkata landasan pertumbuhan berkemungkinan menjadi lebih mampan sehingga tahun depan sekiranya ekonomi global kekal berdaya tahan dalam beberapa bulan akan datang.
"Negara-negara semakin kembali ke tahap normal pasca-pandemik yang melibatkan perubahan corak ekonomi berbeza kepada aliran pra-pandemik selain perubahan kekal kepada yang lain.
"Sejajar dengan pengurangan gangguan pandemik, kalangan isi rumah kembali membelanjakan pendapatan masing-masing ke atas aktiviti perkhidmatan yang melibatkan kesalinghubungan tinggi dan kurang membeli barangan," katanya.
Moody's berkata terdapat peningkatan ketidaktentuan pasaran kewangan dan penetapan semula harga aset susulan peralihan bank-bank pusat yang bertindak memperketat dasar monetari bagi menangani kenaikan inflasi.
"Pulangan bon telah meningkat berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah. Harga ekuiti juga telah susut daripada paras kemuncak manakala dolar Amerika Syarikat telah mengukuh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
Moody's berkata terdapat peningkatan ketidaktentuan pasaran kewangan dan penetapan semula harga aset susulan peralihan bank-bank pusat yang bertindak memperketat dasar monetari bagi menangani kenaikan inflasi.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Ketegangan geopolitik, lonjakan harga minyak cetus risiko ke atas Asia Pasifik
Firma itu menyifatkan peningkatan ketegangan geopolitik itu sebagai mencetuskan ancaman besar terhadap ekonomi Asia Pasifik dengan risiko utamanya daripada lonjakan harga minyak.
Moody's unjur pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik 4.5 peratus tahun ini
Peningkatan itu mencerminkan permintaan domestik yang berdaya tahan dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar dan risiko terhadap sektor pertanian serta inflasi akibat El Nino.
Moody's sah penarafan A3 EXIM Bank, kekal unjuran stabil
Agensi penarafan itu turut mengesahkan penilaian kredit garis dasar b2 (BCA) EXIM Bank.
Pertumbuhan bank Islam Malaysia melangkaui bank konvensional - Moody's
Menurut Moody's, kadar penembusan berada sekitar 20 peratus antara 10 hingga 15 tahun lalu.
Malaysia terima manfaat daripada risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China - Moody's Analytics
Moody's berkata apabila permintaan global beralih dari China ke Amerika Utara, negara-negara Asia akan mencari pelaburan baharu.
Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 4.0 peratus munasabah - Penyelidikan
Moody's Analytics berpandangan unjuran pertumbuhan empat peratus bagi Malaysia untuk tahun ini adalah munasabah bagi negara-negara di rantau ini.
Malaysia, Indonesia, Turkiye akan jadi penerbit sukuk berdaulat terbesar pada 2023-2024 - Moody's
Malaysia, Indonesia dan Turkiye akan menjadi penerbit berdaulat terbesar pada 2023-2024, mengatasi Arab Saudi yang menyumbang satu bahagian terbesar kepada terbitan sukuk berdaulat jangka panjang.
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi minggu ini - Moody's Analytics
Bank pusat dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi September pada 7-8 Sept, 2022.
Moody's sahkan penarafan A2 Petronas dengan prospek stabil
Menurut kenyataan itu, unjuran stabil tersebut adalah seiring dengan prospek stabil ke atas penarafan Malaysia.
Malaysia dijangka catat pertumbuhan ekonomi 6.0 peratus tahun ini - Moody's
Pembukaan semula sempadan antarabangsa akan memacu sektor perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan.