Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) menggalakkan ahli yang berdaftar untuk mencalonkan pekerja mereka dalam program berkemahiran tinggi.
Ia sejajar dengan agenda kerajaan membangunkan modal insan dan mensasarkan 35% pekerja berkemahiran tinggi menjelang 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif HRDF, Datuk Vignaeswaran bagaimanapun berkata, hanya 1% daripada jumlah majikan yang juga ahli mencalonkan pekerja mereka dalam latihan untuk pekerja mahir.
Manakala 99% daripada ahlinya telah mendaftarkan diri di bawah program keupayaan separa mahir.
"Program keupayan separa mahir berkenaan tidak membekalkan pekerja dengan program yang akan meningkatkan kemahiran ke tahap tertinggi serta hanya melayakkan ahli mendapat sijil kehadiran sahaja, " kata Vignaeswara dalam kenyataannya kepada Astro Awani.
Program seumpama itu katanya, meliputi program latihan bukan teknikal dalam bidang keselamatan dan kesihatan , kualiti dan produktiviti serta motivasi.
Sehubungan itu HRDF akan bekerjasama dengan insitusi lain seperti Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi menetapkan keperluan kemahiran pekerja setiap industri dan tidak bergantung kepada keputusan serta kehendak majikan semata-mata.
Penetepan keperluan kemahiran tersebut akan dilaksana menjelang April 2016 dan program peningkatan kemahiran akan dijalankan melalui dana terkumpul sebanyak 30% daripada levi yang dibayar majikan kepada HRDF.
Setakat Januari 2016, jumlah ahli berdaftar di bawah HRDF adalah seramai 16,609 orang meliputi 63 sub sektor.
Pada Isnin, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC menggesa agar majikan menghantar pekerja mereka menghadiri program di bawah Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).
Kenyataan itu susulan beberapa laporan yang mengatakan terdapat majikan yang enggan menghantar pekerja mereka menghadiri program berkenaan.
Antara alasan yang diberikan majikan termasuk akan berlaku gangguan dalam operasi syarikat selain bimbang pekerja akan menuntut kenaikan gaji sejurus menghadiri program terbabit.
Nurulhana Ismail
Tue Mar 01 2016
Hanya 1% daripada jumlah majikan yang mencalonkan pekerja mereka dalam latihan untuk pekerja mahir.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
PENJANA-HRDF: 100 peserta jalani kursus lanjutan solekan
Kursus itu dikendalikan oleh dua jurumekap yang mendapat pengiktirafan Hollywood iaitu Nissa Khan dan Connie Sim.
Lebih 50,000 peluang pekerjaan ditawarkan HPC
Portal sehenti itu bertujuan menyatukan majikan, calon pekerja, penyedia latihan dan jurulatih kerjaya untuk memenuhi keperluan peningkatan modal insan negara.
40 peserta HRDF berjaya tamat kursus salon
40 pelatih tamat kursus pendandan rambut profesional yang dianjurkan A Cut Above Academy bersama Ekuiti Bumiraya Sdn Bhd.
PEMERKASA suntik semangat rantaian sektor pelancongan, seni dan budaya
Fokus kerajaan melalui PEMERKASA terhadap kelangsungan industri pelancongan dapat menyuntik semangat semua pihak yang terlibat dalam rantaian sektor pelancongan, seni dan budaya di negara ini.
Kerajaan digesa lihat adaptasi teknologi blockchain
Kerajaan atau pihak regulator digesa untuk melihat semula mengenai pengadaptasikan aset digital baharu dan teknologi blockchain ke dalam syarikat.
Kakitangan positif COVID-19, HRDF Perak ditutup dua hari
Pejabat Tabung Pembangunan Sumber Manusia Perak, ditutup selama dua hari mulai hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi, susulan seorang kakitangannya didapati positif COVID-19.
M Saravanan jalani kuarantin selepas jadi kontak rapat pesakit COVID-19
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan menjalani perintah kuarantin di rumah selama dua minggu mulai hari ini selepas menjadi kontak rapat kepada individu yang disahkan positif COVID-19.
Kursus kemahiran jahitan jana pendapatan untuk B40
Kursus jahitan baju sekolah yang mensasarkan golongan B40 yang terkesan dengan pandemik COVID-19 menjana pendapatan dengan hasil secara mini pukal.
Lebih 30,000 peluang pekerjaan ditawarkan melalui penjana HRDF
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata daripada jumlah itu seramai 1,603 orang adalah dari Sabah.
Pengambilan pekerja asing dibeku hingga akhir tahun - Saravanan
Ketika ini terdapat kira-kira dua juta pekerja asing di negara ini.