awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengambilan pekerja asing dibeku hingga akhir tahun - Saravanan

Bernama
Bernama
22/06/2020
20:33 MYT
Pengambilan pekerja asing dibeku hingga akhir tahun - Saravanan
Saravanan berkata kementeriannya akan menilai semula langkah tersebut menjelang akhir tahun. - Bernama
Pengambilan pekerja asing dalam semua sektor dibekukan hingga hujung tahun ini dengan peluang pekerjaan kini diutamakan kepada penduduk tempatan, kata Menteri Sumber manusia, Datuk Seri M. Saravanan.
"Kita tidak akan membenarkan pengambilan pekerja asing sehingga akhir tahun ini. Mereka (pekerja asing) boleh datang sebagai pelancong jika dibenarkan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), di sini, pada Isnin.
Ketika ini, beliau berkata terdapat kira-kira dua juta pekerja asing di negara ini.
"Kami berusaha mengurangkan pekerja asing selain memberi keutamaan kepada penduduk tempatan untuk mendapatkan pekerjaan," katanya.
Saravanan berkata kementeriannya akan menilai semula langkah tersebut menjelang akhir tahun sekiranya ia dapat membantu rakyat negara ini.
Beliau dalam pada itu berharap pencari kerja menerima peluang pekerjaan yang ada bagi memastikan negara tidak perlu bergantung kepada pekerja asing.
"Jangan fikir hendak tunggu kerja yang sesuai kerana mungkin kerja yang sesuai tidak akan wujud dalam masa terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#HRDF
#Inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad
#M Saravanan
#pekerja asing
#pekerjaan
#penduduk tempatan
#PENJANA
#rakyat
#rakyat tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan