Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed tiba di Guangzhou hari ini untuk memulakan misi perdagangan dan pelaburan selama tiga hari ke wilayah itu.
Kunjungan beliau juga sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik dua hala Malaysia dengan China.
Dalam rangka lawatan itu, Mustapa akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Parti Guangdong, Hu Chunhua, dan perbincangan dijangka bagi mewujudkan mekanisme untuk mempromosikan hubungan perdagangan dan pelaburan lebih baik antara Kuala Lumpur dan Guangzhou.
Beliau juga akan menemui pemimpin korporat daripada syarikat-syarikat utama di Guangzhou untuk menggalakkan pelaburan China ke Malaysia.
Malaysia berusaha menggalakkan lebih banyak pelaburan hiliran dari China melalui kerjasama dengan syarikat tempatan, terutama perniagaan kecil dan sederhana.
Mustapa kemudiannya akan menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Xian, Wilayah Shaanxi, pada 28 Mei.
Beberapa program telah disusun untuk perdana menteri sempena sambutan ulang tahun itu.
Di Xian, Mustapa akan meneroka dan menggalakkan eksport dan perdagangan dalam industri halal dengan wilayah tersebut, yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang besar.
Rombongan kemudian akan bergerak ke Beijing bagi program utama berkaitan sambutan tersebut.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan terlibat dalam Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia-China di Beijing, dianjur bersama Kementerian Perdagangan China (MOFCOM) dan Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC).
Ratusan pemimpin perniagaan Malaysia akan hadir di sidang kemuncak itu dan Mustapa akan menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) perniagaan kepada perniagaan.
Beliau sebelum itu di Qingdao (Wilayah Shandong) pada 17-18 Mei, bagi menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik-Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (APEC-MRT). China merupakan pengerusi APEC tahun ini.
Beliau turut menemui rakan sejawatannya dari China, Gao Hucheng, dan mencadangkan pemeteraian MoU mengenai Penumpuan Jalan Sutera Maritim serta Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Kerjasama (ETC) antara Malaysia dan China.
Malaysia mengakui kepentingan inisiatif itu untuk meningkatkan lagi perdagangan dua hala.
Kandungan MoU itu dalam peringkat perbincangan dan kedua-dua menteri bersetuju bahawa pegawai dari kedua-dua pihak akan memuktamadkannya secepat mungkin.
Kerjasama ekonomi antara Malaysia dan China berkembang dengan pesat dalam tempoh 40 tahun lepas dan antara projek utama ialah "Two Country Twin Park", yang membawa kepada penubuhan Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou dan Taman Perindustrian Kuantan, selain menggariskan komitmen yang kukuh antara kedua-dua negara.
Projek itu membolehkan hubungan maritim lebih baik antara China dan Malaysia, sejajar dengan visi untuk mewujudkan jalan sutera maritim baharu dengan membina hubungan pelabuhan yang cekap untuk menyokong rantaian bekalan.
Bagi tempoh lima tahun berturut-turut, China adalah rakan dagang tunggal terbesar bagi Malaysia dengan nilai jumlah dagangan melebihi US$100 bilion.
Malaysia pula adalah rakan dagang terbesar China dalam kalangan negara-negara anggota Asean.
Profil perdagangan dua hala telah menyaksikan perubahan yang besar sejak 10 tahun lepas dengan komoditi tidak lagi menjadi sumber utama barang yang didagangkan, dan sebanyak 50 peratus daripada perdagangan kini terdiri produk pembuatan dan barangan nilai ditambah yang lebih tinggi lain.
Eksport utama dari Malaysia ke China termasuk produk elektrik dan elektronik, produk kimia dan kimia, minyak sawit dan produk petroleum ditapis.
Import utama dari China ke Malaysia terdiri daripada produk elektrik dan elektronik, jentera, perkakasan dan peralatan, produk kimia dan kimia serta produk besi dan keluli.
Bernama
Mon May 26 2014
Mustapa Mohamed - Gambar Fail
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.