Kerajaan Negeri Sembilan mengenal pasti kawasan segi tiga antara KLIA, Seremban dan Port Dickson untuk dibangunkan berikutan kepadatan dan limpahan pembangunan di Kuala Lumpur serta Lembah Klang.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kawasan itu bakal menjadi kawasan 'tadahan baharu' kepada Lembah Klang dan ibu negara, Kuala Lumpur dalam menampung kesesakan pembangunan yang kian melimpah hasil pembangunan yang pesat.
"Walaupun Negeri Sembilan tidak termasuk dalam mana-mana dasar kerajaan persekutuan dalam pembangunan koridor raya sama ada utara mahu pun selatan, tetapi kita perlu memastikan negeri ini menjadi pusat bandar bagi Kuala Lumpur atau dipanggil Centralise Town of Kuala Lumpur," katanya pada majlis Malam Apresiasi Media 2013 di sini, malam tadi.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan, anggota exco dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Mohamad berkata baru-baru ini beliau berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai hasratnya membangunkan kawasan baharu di negeri ini.
Sementara itu, katanya kerajaaan negeri akan memperkukuhkan lagi dasar sedia ada berikutan kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas.
Menteri besar berkata agenda mensejahterakan rakyat akan diteruskan manakala dasar yang ada akan diperbaiki berdasarkan mandat yang diberi rakyat kepada kerajaan negeri.
Beliau seterusnya menyeru para wartawan agar memahami etika kewartawanan untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri memperjelaskan kepada masyarakat mengenai dasar yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan negeri.
"Ini sejajar dengan terjemahan pengundi melalui keputusan PRU13 lalu iaitu memberikan kepercayaan semula kepada BN untuk mentadbir negeri ini," katanya.
Beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga media yang sama-sama berusaha dan membantu melaporkan berita tentang Negeri Sembilan.
Bernama
Wed Jun 05 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Remaja ditahan cuba seludup dadah hampir RM1 juta di KLIA
Cubaan dua rakyat tempatan untuk menyeludup dadah dengan menyembunyikannya dalam kotak makanan dan bungkusan minuman pracampuran gagal apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Perdana Menteri Timor-Leste berlepas pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
Polis tutup sementara laluan di persimpangan Kiwa
Polis menutup sebahagian laluan di persimpangan lampu isyarat Kiwa kerana ditenggelami air awal pagi ini.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Pegawai Imigresen tidak terlibat insiden warga asing dikasari di KLIA Terminal 1
Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Terminal 1 KLIA tidak melibatkan pegawai daripada jabatan berkenaan.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai inisiatif dan langkah yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani kesesakan di BSI dan KLIA.
Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.