Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan peribadi dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zuckerberg di ibu pejabat media sosial gergasi itu di Menlo Park pada Selasa.
Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dalam kenyataan di sini berkata Najib dan Zuckerberg membincangkan mengenai usaha kerjasama yang kemungkinan boleh dilakukan antara Facebook dan Malaysia.
Perbincangan berkisar terhadap usaha untuk merapatkan jurang digital dan mendekatkan kemudahan Internet serta peluang-peluang digital lain kepada mereka yang tidak berhubungan atau berkaitan setakat ini.
Pada 20 Ogos tahun ini, Facebook, bersama rakan pengasasnya Ericsson, Mediam Tek, Nokia, Opera, Qualcomm dan Samsung, melancarkan Internet.org, suatu inisiatif untuk menjadikan kemudahan Internet tersedia bagi lima bilion orang lain.
Pertemuan itu tertumpu kepada menangani tiga cabaran utama -- menjadikan akses Internet yang mampu dimiliki, penggunaan data secara lebih efisien dan membantu menyediakan kemudahan untuk memacu perniagaan -- di negara-negara membangun.
"Internet.org merupakan inisiatif yang murni dan berani serta adalah suatu yang terpuji bahawa industri ini melakukan cubaan untuk menjadi inkklusif dan merapatkan jurang digital. Matlamatnya selaras dengan aspirasi Digital Malaysia, yang berusaha untuk memperkasa secara digital lebih banyak rakyat Malaysia bagi meraih peluang dalam Ekonomi Digital," Najib dipetik berkata demikian dalam kenyataan itu.
Setiap yang dilakukan Facebook adalah berkaitan memberi kepada semua orang di seluruh dunia kuasa untuk berhubungan, kata Zuckerberg dalam kenyataannya sebelum ini.
"Terdapat halangan besar di negara-negara membangun untuk berhubungan dan menyertai ekonomi pengetahuan. Internet.org menyatukan perkongsian global yang akan berusaha untuk mengatasi cabaran-cabaran ini, termasuk menjadikan Internet tersedia kepada mereka yang kini tidak mampu untuk memilikinya."
Pertemuan itu sebahagian daripada siri perbincangan peringkat tinggi, demonstrasi dan pengumuman yang membentuk lawatan perdana menteri ke Silicon Valley anjuran MDeC. Perbadanan itu merupakan pemacu Inisiatif Ekonomi Digital Malaysia, Digital Malaysia dan inisiatif ICT negara, MSC Malaysia.
"Dengan kemudahan akses Internet yang lebih luas, lebih banyak rakyat Malaysia boleh diperkasa dalam bidang-bidang penerimaan digital, penggunaan dan penciptaan untuk menjadi pemangkin dalam peralihan negara menjadi ekonomi baharu berasaskan pengetahuan," kata Najib.
Pertemuan itu juga menyasikan perbincangan tertumpu kepada cara untuk memudahkan penggunaan lebih baik infrastruktur Internet Malaysia bagi memenuhi kehendak lebih banyak pengguna pada kos yang lebih rendah melalui keadah seperti penyebaran model data enkripsi Internet.org.
Facebook merupakan laman yang paling banyak dikunjungi di Malaysia dan mempunyai pengguna sebanyak 12,747,100 setakat ini, meletakkan negara di tempat ke-18 dalam kedudukan Statistik Facebook mengikut negara.
Bernama
Wed Sep 25 2013
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain.