awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juruukur didakwa bunuh ibu, adik angkat
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naza TTDI ganjar pangsapuri kepada empat atlet pemenang pingat emas Malaysia

Bernama
Bernama
06/03/2021
23:26 MYT
Naza TTDI ganjar pangsapuri kepada empat atlet pemenang pingat emas Malaysia
Setiap unit pangsapuri dan kunci diserahkan menerusi satu majlis secara maya yang diadakan pada Rabu. - Facebook Naza TTDI
KUALA LUMPUR: Naza TTDI Sdn Bhd, cabang pembangunan hartanah Naza Corporation Holdings, memberi ganjaran unit pangsapuri SOHO Trio Permai kepada empat pemenang pingat emas Malaysia sebagai penghargaan di atas pencapaian cemerlang mereka.
Unit tersebut disampaikan kepada tiga atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly yang memenangi pingat emas semasa kejohanan Paralimpik Rio 2016, serta pelumba basikal trek negara Azizulhasni Awang -- juga dikenali sebagai "Pocket Rocketman" -- yang memenangi pingat emas semasa Kejohanan Trek Berbasikal Dunia UCI 2017.
"Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua atlet atas pencapaian mereka memenangi pingat emas.
"Kami mengagumi dan menghargai usaha dan latihan keras mereka serta disiplin dan ketabahan mereka. Mereka adalah contoh teladan kepada semua rakyat Malaysia dan kami berbangga dengan anda," kata Ketua Pegawai Eksekutif Naza TTDI Daniel Lim dalam satu kenyataan semalam.
Setiap unit pangsapuri berharga RM350,000 dan kunci diserahkan menerusi satu majlis secara maya yang diadakan pada Rabu.
SOHO Trio Permai yang dimajukan Naza TTDI terletak di Puchong South, Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Naza TTDI
#pangsapuri
#Daniel Lim
#kunci rumah
#Puchong
#SOHO Trio Permai
#pingat emas
#penghargaan
#atlet paralimpik
#pelumba basikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan