awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai jualan sektor pembuatan naik 0.7 peratus pada Februari 2024

Bernama
Bernama
08/04/2024
08:30 MYT
Nilai jualan sektor pembuatan naik 0.7 peratus pada Februari 2024
Nilai jualan subsektor produk elektrik dan elektronik yang menyumbang 34.1 peratus daripada jumlah jualan, meningkat 1.3 peratus. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 0.7 peratus, mencatat RM146.2 bilion pada Februari 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata ia mewakili peningkatan kecil berbanding nilai jualan RM152.7 bilion atau pertumbuhan 3.2 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya.
"Kenaikan pada bulan Februari ini disokong oleh pengembangan dalam peralatan pengangkutan dan perkilangan lain pada 7.3 peratus serta subsektor produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam fabrikasi (5.7 peratus)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, nilai jualan subsektor produk elektrik dan elektronik yang menyumbang 34.1 peratus daripada jumlah jualan, meningkat 1.3 peratus.
DOSM berkata bahawa nilai jualan industri berorientasikan eksport, mewakili 69.6 peratus daripada jumlah jualan, jatuh sebanyak 1.3 peratus pada Februari 2024 (Januari 2024: 0.1 peratus), sebahagian besarnya disebabkan oleh penguncupan berterusan dalam pembuatan kok dan produk petroleum ditapis yang mencatatkan negatif 8.8 peratus.
"Sementara itu, momentum nilai jualan bagi industri berorientasikan domestik kekal positif, berkembang sebanyak 5.6 peratus pada Februari 2024 (Januari 2024: 10.8 peratus).
"Pengembangan itu disokong terutamanya oleh peningkatan yang dicatatkan dalam pembuatan produk logam kecuali mesin dan peralatan (9.1 peratus), pembuatan kenderaan bermotor, treler dan separa treler (9.0 peratus) dan pembuatan produk makanan ( 5.2 peratus).
"Nilai jualan industri berorientasikan domestik menurun sebanyak 5.8 peratus berbanding 2.3 peratus positif yang direkodkan pada Januari 2024," katanya.
Merumuskan prestasi sektor pembuatan sehingga Februari 2024, Mohd Uzir berkata setakat ini, nilai jualan sektor pembuatan mencapai RM298.9 bilion, pertumbuhan 1.9 peratus berbanding dua bulan pertama 2023 (Januari-Februari 2023: 8.3 peratus).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor pembuatan Malaysia
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Mohd Uzir Mahidin
#produk elektronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan