awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedai motor pelumba terkemuka Cub Prix terbakar
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Novo Nordisk lancar Wegovy, rawatan baharu perangi obesiti

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
16/01/2026
09:39 MYT
Novo Nordisk lancar Wegovy, rawatan baharu perangi obesiti
Dr. Praful Chakkarwar, Profesor Dr Rohana Abdul Ghani, Profesor Emeritus Dr Chan Siew Pheng, Datuk Seri Dr Azhari Rosman. - Foto Novo Nordisk Malaysia
KUALA LUMPUR: Obesiti kini diiktiraf sebagai penyakit kronik yang kompleks dan menjadi antara penyumbang utama kepada penyakit tidak berjangkit, termasuk penyakit kardiovaskular.

Ringkasan AI
  • Obesiti kini diiktiraf sebagai penyakit kronik yang kompleks dan menjadi antara penyumbang utama kepada penyakit tidak berjangkit, termasuk penyakit kardiovaskular. Di Malaysia, hampir satu daripada dua orang dewasa hidup dengan berat badan berlebihan atau obesiti, sekali gus memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan, kesejahteraan sosial serta ekonomi negara.
  • Bagi merungkai salah tanggapan bahawa obesiti hanyalah isu gaya hidup, Novo Nordisk secara rasmi melancarkan Wegovy, rawatan suntikan mingguan yang meniru hormon semula jadi GLP-1 bagi membantu mengawal selera makan dan rasa lapar.
  • Pengurus Besar Novo Nordisk Malaysia, Dr Praful Chakkarwar berkata, Wegovy merupakan rawatan tambahan yang menyokong diet rendah kalori dan peningkatan aktiviti fizikal dalam pengurusan berat badan, termasuk penurunan dan pengekalan berat badan.

Di Malaysia, hampir satu daripada dua orang dewasa hidup dengan berat badan berlebihan atau obesiti, sekali gus memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan, kesejahteraan sosial serta ekonomi negara.
Bagi merungkai salah tanggapan bahawa obesiti hanyalah isu gaya hidup, Novo Nordisk secara rasmi melancarkan Wegovy®, rawatan suntikan mingguan yang meniru hormon semula jadi GLP-1 bagi membantu mengawal selera makan dan rasa lapar.
Pelancaran ini selari dengan keperluan untuk meningkatkan pemahaman awam terhadap obesiti sebagai satu penyakit yang memerlukan pendekatan perubatan berasaskan sains.
Dr. Praful Chakkarwar ketika menyampaikan nota alu-aluannya di acara pelancaran Wegovy®. - Foto Novo Nordisk Malaysia
Dr. Praful Chakkarwar ketika menyampaikan nota alu-aluannya di acara pelancaran Wegovy®. - Foto Novo Nordisk Malaysia
Pengurus Besar Novo Nordisk Malaysia, Dr Praful Chakkarwar berkata, Wegovy merupakan rawatan tambahan yang menyokong diet rendah kalori dan peningkatan aktiviti fizikal dalam pengurusan berat badan, termasuk penurunan dan pengekalan berat badan.
Menurut beliau, individu yang sesuai untuk rawatan ini perlu dinilai secara profesional oleh doktor.
“Pertama ialah individu yang menghidap obesiti, iaitu mereka dengan BMI melebihi 30. Seterusnya individu dengan BMI tinggi mencecah 27 yang mempunyai komorbiditi berkaitan berat badan seperti seperti pradiabetes, diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi, Obstructive Sleep Apnea (OSA), atau penyakit kardiovaskular.
“Semua faktor ini perlu dipertimbangkan, namun individu berkenaan perlu berjumpa doktor dan mendapatkan preskripsi,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Wegovy anjuran Novo Nordisk di Kuala Lumpur pada Khamis.
Tambahnya, pendekatan rawatan ini bukan sekadar membantu penurunan berat badan, malah menyokong kawalan selera makan secara lebih berkesan, sekali gus menjadikan pengurusan obesiti lebih mampan apabila digabungkan dengan pemantauan dan nasihat perubatan.
Dr Praful menjelaskan, Wegovy ialah terapi GLP-1 yang sangat berkesan dengan keupayaan meniru hampir sepenuhnya hormon GLP-1 semula jadi dalam badan.
“Wegovy hadir sebagai terapi GLP-1 yang berkesan dengan keupayaan ikatan yang kuat pada reseptor GLP-1.
“Mekanisme tindakannya ialah dengan mengurangkan pengambilan makanan, membuatkan seseorang berasa kenyang walaupun makan dalam jumlah yang sedikit, selain mengurangkan rasa lapar,” tambahnya.
Menurut Novo Nordisk, Wegovy kini tersedia di Malaysia sebagai pilihan rawatan tambahan bagi orang dewasa yang menghidap obesiti atau berat badan berlebihan serta mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbiditi berkaitan berat badan. Data Tinjauan Kebangsaan Morbiditi dan Kesihatan (NHMS) 2023 menunjukkan hampir 54.4 peratus orang dewasa di negara ini dikategorikan sebagai berlebihan berat badan atau obes.
Obesiti dikaitkan dengan lebih 200 komplikasi kesihatan dan sering menjadi ‘pintu masuk’ kepada penyakit serius seperti diabetes jenis 2 dan penyakit kardiovaskular, yang memberi kesan besar terhadap jangka hayat serta kualiti hidup individu.
(Dari kiri) Profesor Emeritus Dr Chan Siew Pheng, Datuk Seri Dr Azhari Rosman, Profesor Dr Rohana Abdul Ghani dan pesakit yang hidup dengan obesiti, Ayyub Ketika membincangkan kesan obesiti sebagai penyakit kronik dan cara Wegovy® boleh menyokong orang dewasa yang layak dan hidup dengan berat badan berlebihan atau obesiti untuk hidup lebih ringan di bawah pengawasan perubatan semasa perbincangan panel di acara pelancaran media Wegovy®. - Foto Novo Nordisk Malaysia
(Dari kiri) Profesor Emeritus Dr Chan Siew Pheng, Datuk Seri Dr Azhari Rosman, Profesor Dr Rohana Abdul Ghani dan pesakit yang hidup dengan obesiti, Ayyub Ketika membincangkan kesan obesiti sebagai penyakit kronik dan cara Wegovy® boleh menyokong orang dewasa yang layak dan hidup dengan berat badan berlebihan atau obesiti untuk hidup lebih ringan di bawah pengawasan perubatan semasa perbincangan panel di acara pelancaran media Wegovy®. - Foto Novo Nordisk Malaysia
Sementara itu, Pakar Perunding Endokrinologi dan Presiden Persatuan Obesiti Malaysia (MYOS), Profesor Dr Rohana Abdul Ghani menegaskan obesiti merupakan kondisi kompleks yang melibatkan faktor biologi, tingkah laku dan persekitaran, serta sering disalah tafsir sebagai kelemahan peribadi. Menurutnya, stigma dan tekanan emosi boleh menjadi halangan besar kepada pengurusan berat badan yang berkesan.
Sementara itu, Profesor Emeritus Dr Chan Siew Pheng menekankan kepentingan pendekatan multidisiplin yang melibatkan doktor, pakar pemakanan, jururawat, ahli fisioterapi dan profesional kesihatan mental bagi memastikan rawatan yang holistik dan bersepadu.
Dalam pada itu, Pakar Perunding Kardiologi Kanan, Datuk Seri Dr Azhari Rosman mengingatkan bahawa hubungan antara obesiti dan penyakit kardiovaskular tidak boleh dipandang ringan dan strategi pengurusan obesiti yang berkesan amat penting untuk meningkatkan hasil kesihatan secara menyeluruh.
Novo Nordisk Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus menyokong pendekatan berasaskan sains, pendidikan dan penjagaan holistik dalam usaha memperkasa pengurusan obesiti, sekali gus membuka lembaran baharu ke arah masa depan kesihatan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#Novo Nordisk Malaysia
#Wegovy
#berat badan
#GLP-1
#obesiti
#penyakit kardiovaskular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan