Kajian oleh bank OCBC mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 4.4 peratus untuk 2016.

Menurut laporan pertengahan tahun 2016 OCBC, ini disokong perbelanjaan persendirian yang kukuh pada suku pertama 2016.

Tambahnya, faktor ini turut menyumbang kepada pandangan optimis bank negara terhadap prospek pertumbuhan Malaysia.

Pada suku pertama, penggunaan isi rumah meningkat sebanyak 5.3 peratus pada suku pertama.

Ini berbanding 4.9 peratus pada suku keempat 2015.

OCBC menjangka Bank Negara akan mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.25 peratus sehingga akhir 2016 untuk menyokong aktiviti ekonomi.

Eksport Malaysia susut pada suku pertama akibat situasi luar yang mencabar dan pertumbuhan yang lemah ekonomi China.