awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang tubuh Majlis Penasihat Ekonomi Negeri - MB

Bernama
Bernama
06/12/2023
10:10 MYT
Pahang tubuh Majlis Penasihat Ekonomi Negeri - MB
Kerajaan Pahang menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN) bagi memantapkan ekonomi negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Kerajaan Pahang menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN) bagi memantapkan ekonomi negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
MPEN yang berkuat kuasa selama dua tahun bermula 1 Dis lepas, dipengerusikan bekas Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Tan Sri Mohamed Nazir Abdul Razak dan dianggotai sembilan ahli termasuk masing-masing dua daripada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai kanan negeri.
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pula dilantik sebagai Sekretariat MPEN.
"MPEN ditubuhkan agar kerajaan negeri dapat menggabungkan pengalaman dan kepakaran ahlinya daripada sektor swasta dan kerajaan negeri bagi membantu mempercepatkan Pahang ke arah ekonomi mampan dengan fungsinya untuk merancang dan mengggubal Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang untuk tempoh lima tahun.
"MPEN juga bertanggungjawab memberi nasihat strategik tentang peluang pembangunan ekonomi, cabaran dan perkembangan ekonomi baharu yang memberi fokus kepada pembangunan industri, inovasi tarikan pelaburan, perdagangan, pembangunan wilayah dan pembangunan tenaga kerja," katanya.
Wan Rosdy berkata demikian menerusi kenyataan yang diedarkan selepas sesi penyerahan Surat Lantikan MPEN di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Beliau juga menzahirkan harapan supaya penubuhan MPEN dapat memacu ekonomi negeri dengan lebih baik, komprehensif dan berdaya saing bagi menjadikan Pahang sebagai negeri maju.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Penasihat Ekonomi Negeri
#Pahang
#Wan Rosdy Wan Ismail
#MPEN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan