Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2015 menyaksikan penyertaan terbesar dari pelbagai negara sebagai pempamer termasuk Bulgaria dan Finland, kata Pengurus Besar (Perabot dan Dalaman) MIFF, Karen Goi.
Beliau berkata MIFF mempunyai jaringan kerja serta aktiviti promosi yang kukuh di peringkat global dan dengan reputasi perancangan yang baik bagi acara itu selama 21 tahun, MIFF berjaya membawa 15 negara pada tahun ini berbanding 13 pada 2014.
Daripada 508 pempamer, 138 adalah pempamer baharu dengan 46 dari Malaysia.
"Kami mempunyai dua syarikat yang mewakili Bulgaria dan Finland, mereka menemui kita bukan hanya untuk menjadi pempamer, malah sebagai jaringan kerja dan belajar mengenai industri daripada pelbagai aspek seperti produk logam dan berasaskan kayu," katanya kepada Bernama.
Goi berkata MIFF 2015 menyediakan peluang yang baik kepada mereka untuk bertemu pembeli berpotensi yang jauh dari wilayah mereka dan bahagian lain di dunia, di bawah satu bumbung.
MIFF 2015 selama lima hari bermula Rabu di PWTC telah menarik minat 66 pembeli dari United Kingdom dan lebih 100 dari Jepun dan lain-lain dari ASEAN, Asia Barat dan Afrika.
Mengenai potensi pengikatan perkongsian antara syarikat tempatan dan antarabangsa, Goi berkata terdapat perbincangan yang menggalakkan dengan beberapa syarikat seperti dari Taiwan dan Jepun.
"Malaysia mempunyai asas pembuatan yang kukuh dan 80 peratus eksport perabot kita adalah yang berasaskan kayu. Jadi, dengan kualiti, konsistensi dan ketepatan masa dalam menyiapkan produk, saya melihat potensi yang besar untuk bekerjasama dengan syarikat luar negara," tambah beliau.
Beliau berkata syarikat Malaysia perlu mengambil peluang untuk belajar secara langsung dengan Taiwan dan Jepun di MIFF 2015 memandangkan mereka memiliki lebih banyak rekabentuk dan teknologi perabot yang canggih dalam sektor bahan logam dan kayu.
Beliau turut berkata sekarang adalah masanya untuk menjemput lebih ramai pempamer antarabangsa ke Malaysia, terutama apabila Malaysia menjadi pengerusi ASEAN tahun ini.
Goi juga memberitahu MIFF akan berkembang apabila dewan baharu di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) siap.
Ia dirancang siap pada 2016.
"Dengan tempat yang lebih luas, kita boleh menjadikan Malaysia sebagai platform dan gerbang terbaik bagi pasaran antarabangsa untuk Asia Tenggara," katanya.
Sementara itu, Darin Bozhkov yang mewakili Bulgaria melalui syarikatnya Usta Darin Ltd, berkata beliau berminat untuk lebih banyak belajar mengenai aliran perabot di Malaysia.
Pempamer antarabangsa dari Itali, Massimo Borgna, Pengurus Besar Antique Mirror SRL berkata beliau berada di MIFF 2015 untuk bertemu pembeli berpotensi tempatan dan antarabangsa.
Syarikat Itali yang khusus dalam rekabentuk cermin buatan tangan itu membuat jalinan hubungan dengan lebih 10 pembeli berpotensi dan berharap bertemu lebih ramai pada akhir acara itu.
Bernama
Thu Mar 05 2015
MIFF 2015 selama lima hari bermula Rabu di PWTC
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Pameran Perabot saksikan penyertaan terbesar
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2015 menyaksikan penyertaan terbesar dari pelbagai negara.
300 peserta ambil bahagian dalam pameran perabot
Kira-kira 300 peserta mempamerkan perabot masing-masing pada Pameran Import-Eksport Perabot dan Dalaman Asia Tenggara, yang akan diadakan di sini September ini.