awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2 kanak-kanak nyaris lemas, ditemui tidak sedar diri tepi kolam renang
11 stesen minyak diserang serentak di tiga wilayah selatan Thailand
Pejalan kaki maut dirempuh kereta ketika lintas lebuh raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pangkalan data dalam talian kenderaan dicuri

Bernama
Bernama
29/11/2012
08:58 MYT
Pangkalan data dalam talian kenderaan dicuri
Pangkalan data dalam talian bagi kenderaan yang dilaporkan dicuri dan kerugian menyeluruh untuk pemeriksaan penanggung insurans dan pengendali takaful akan boleh didapati di semua tempat jualan, demikian menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) pada Khamis.
"Inisiatif baru itu akan berkuat kuasa pada awal tahun depan," katanya dalam satu kenyataan.
Langkah itu akan menyaksikan pemeriksaan yang lebih ketat untuk kenderaan yang mungkin dicuri dan kerugian menyeluruh yang telah dilaporkan kepada penanggung insurans dan pengendali takaful sebelum perlindungan insurans motor boleh dikeluarkan, katanya.
PIAM berkata inisiatif berkenaan diperlukan setelah jumlah kenderaan termasuk motosikal dilaporkan dicuri kepada syarikat-syarikat insurans dan pengendali takaful berkurangan tetapi bilangan kereta persendirian dicuri meningkat sebanyak 2.5 peratus kepada 9,703 unit tahun lepas daripada 9,467 unit pada 2010.
Persatuan itu menggesa orang ramai supaya berhati-hati apabila membeli kereta terpakai memandangkan mereka mungkin membeli kereta curi atau yang diisytihar kerugian menyeluruh.
Topic Berkaitan
#dicuri
#insurans
#kerugian
#pangkalan data
#takaful
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan