awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup rendah

Bernama
Bernama
05/03/2025
13:00 MYT
Pasaran getah ditutup rendah
Getah asli merosot bersama komoditi pukal lain selepas kerajaan AS mengekalkan keputusannya untuk mengenakan tarif import ke atas Kanada, Mexico dan China. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Rabu sejajar dengan trend penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
Beliau berkata penurunan harga minyak mentah turut menjejaskan sentimen pasaran.
"Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kebimbangan berterusan mengenai kekurangan bekalan getah asli dan langkah-langkah rangsangan China.
"China melaksanakan lebih banyak rangsangan fiskal pada Rabu, menunjukkan usaha untuk meningkatkan penggunaan dan memastikan hala tuju ekonomi ke arah sasaran pertumbuhan sebanyak 5 peratus pada tahun ini, dengan perang perdagangan yang meningkat dengan Amerika Syarikat (AS)," katanya kepada Bernama.
Katanya niaga hadapan getah Jepun merosot kepada paras terendah dalam tempoh hampir dua bulan didorong oleh kebimbangan mengenai perang perdagangan global yang meningkat susulan tarif baharu AS.
Beliau berpendapat tarif AS telah menyebabkan kebimbangan pasaran.
Getah asli merosot bersama komoditi pukal lain selepas kerajaan AS mengekalkan keputusannya untuk mengenakan tarif import ke atas Kanada, Mexico dan China.
Pada 4.11 petang, harga minyak mentah Brent susut 0.18 peratus kepada US$70.92 setong.
Lembaga Getah Malaysia melaporkan Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 18.5 sen kepada 909.0 sen sekilogram setakat 3 petang manakala susu getah pukal berkurangan lima sen kepada 712.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#trend penurunan
#pasaran getah
#perdagangan global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan