KUALA LUMPUR: Pelabur dari Amerika Syarikat akan kekal melabur di Malaysia di sebalik ketidaktentuan politik yang berlaku sejak awal Ogos lalu.
Menurut Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D. Mcfeeters, perubahan tampuk pemerintahan juga tidak sesekali menjejaskan keyakinan kuasa besar dunia itu untuk terus kekal di negara ini.
"Kami sering mengadakan dialog bersama para pelabur dari Amerika Syarikat di Malaysia dan saya tidak pernah mendengar sebarang kegusaran dan kebimbangan untuk mereka terus melabur di sini walaupun berlakunya ketidaktentuan politik.
"Malah mereka berhasrat untuk menetap lebih lama, ada yang sudah berada di sini selama 30 tahun dan ada juga yang sudah lebih 100 tahun.
‘’Mereka akan berada di sini untuk satu jangka masa panjang, mereka menggaji banyak warga Malaysia dan mereka mampu mendepani situasi COVID-19 sama dengan pihak lain dan mereka tidak pernah menyatakan sebarang kebimbangan tentang situasi ini,’’ katanya.
Selain itu ujarnya, Amerika Syarikat juga akan terus mengutamakan beberapa perkara melibatkan kerjasama keselamatan, pembangunan sosial dan kesejahteraan ekonomi dalam mengukuhkan hubungan dua hala dengan Malaysia.
‘’Salah satu perkara yang menarik dalam prospek tugasan kami adalah bekerjasama dengan kerajaan asing termasuklah berhadapan dengan situasi pertukaran kerajaan.
‘’Tetapi walau apa jua situasi, kita akan terus mengukuhkan kerjasama dalam aspek keselamatan, pembangunan sosial dan kesejahteraan ekonomi dengan mana-mana kerajaan dan pemerintah.
‘’Ini terus diperkukuhkan dengan perkongsian di antara Amerika Syarikat dan Malaysia dalam pelbagai bidang lain termasuk hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan media,’’ tambahnya.
Mcfeeters berkata demikian menerusi sidang media secara maya bersama pengamal media di Sabah pada Jumaat.
Ia susulan lawatan secara maya ke negeri itu sekali gus mengadakan pertemuan secara maya dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada Selasa.
Pada Julai, Amerika Syarikat menyumbangkan RM3.5 Juta bagi meningkatkan saringan COVID-19 dan RM2 juta bagi fasiliti kesihatan terutama ambulan di negeri itu.
Tambahnya, Amerika Syarikat juga komited jalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi mempromosikan keselamatan dan kestabilan negeri itu terutama menangani pengganas, pemerdagangan manusia dan pemerdagangan hidupan liar.
BACA: Agong perkenan lantik Ismail Sabri sebagai PM ke-9
BACA: Ismail Sabri PM ke-9: Ketepi agenda politik, bersatu hati tangani pandemik COVID-19 - Agong
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.
Syafik Shukri Jalil
Fri Aug 20 2021
AS juga akan terus mengutamakan beberapa perkara melibatkan kerjasama keselamatan, pembangunan sosial dan kesejahteraan ekonomi dalam mengukuhkan hubungan dua hala dengan Malaysia. FOTO: Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.