awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaburan RM27 bilion Oracle bukti Malaysia destinasi inovasi teknologi di Asia Tenggara - MITI

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
02/10/2024
02:50 MYT
Pelaburan RM27 bilion Oracle bukti Malaysia destinasi inovasi teknologi di Asia Tenggara - MITI
Tengku Zafrul mengadakan pertemuan dengan pengurusan Oracle membincangkan pelaburan lebih AS$6.5 bilion bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia. - Foto Oracle
KUALA LUMPUR: Pelaburan sebanyak AS$6.5 bilion bersamaan lebih RM27 bilion oleh Oracle membolehkan entiti Malaysia terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan awan termasuk dalam memupuk inovasi dan meningkatkan daya saing global.
Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ia juga merupakan satu langkah penting ke arah merealisasikan visi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030.
"Keputusan Oracle untuk menubuhkan rantau awan awam pertamanya di Malaysia juga menyerlahkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan digital terulung di Asia Tenggara.
"Jelas sekali, Oracle yakin terhadap terhadap potensi Malaysia sebagai hab inovasi teknologi dan pertumbuhan di Asia Tenggara.
"Sebagai gerbang serantau untuk infrastruktur awan dan aplikasi perisian berpangkalan di Malaysia, kawalan data dan kedaulatan digital penting untuk pelanggan Oracle, terutamanya industri kita yang ingin mengembang atau mengukuhkan sayap ke Asia Tengggara," katanya dalam ciapan di laman X, pada Rabu.
Sehubungan itu, Tengku Zafrul berkata, sekiranya mahu menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia, kepentingan kedaulatan undang-undang juga perlu diambil kira.
"Ini adalah antara faktor kita berjaya menarik banyak pelaburan digital ke Malaysia," ujarnya.
Oracle akan melabur USD6.5 bilion di Malaysia! MITI amat mengalu-alukan pelaburan USD6.5 bilion Oracle yang akan membolehkan entiti Malaysia, terutamanya PKS, untuk memanfaatkan teknologi AI dan awan termaju dalam memupuk inovasi dan meningkatkan daya saing global mereka. Ia pic.twitter.com/Xu8chAO3Ll
— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) October 2, 2024
Pada Rabu, Oracle mengesahkan pelaburan lebih daripada AS$6.5 bilion (RM27 bilion) bagi menubuhkan rantau awan awam pertamanya di Malaysia iaitu pelaburan utama terbaharu oleh sebuah global firma teknologi ke Malaysia.
Gergasi teknologi termasuk Microsoft, , Nvidia, Alphabet Google dan ByteDance China telah mengumumkan pelaburan digital bernilai berbilion dolar ke dalam Malaysia sejak tahun lepas.
Kebanyakannya dalam perkhidmatan awan dan pusat data, menjana ledakan infrastruktur yang dipacu oleh permintaan yang semakin meningkat untuk kecerdasan buatan (AI).
Topic Berkaitan
#Oracle
#pelaburan
#kecerdasan buatan
#wilayah awan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan