Pemegang saham minoriti Malaysian Airline System Bhd (MAS) pada Khamis meluluskan cadangan pengurangan modal Terpilih (cadangan SCR) dan pembayaran semula syarikat itu mengikut Seksyen 60 dan 64 Akta Syarikat 1965.
Cadangan SCR dibuat oleh Khazanah Nasional Bhd, pemegang saham majoriti MAS, dalam surat kepada syarikat pada 8 Ogos, 2014, demikian menurut MAS dalam satu kenyataan Khamis.
Pemegang saham biasa minoriti, akan menerima pembayaran semula modal sebanyak RM0.27 sesaham yang merupakan premium bagi lima hari hingga enam bulan purata wajaran harga saham, masing-masing pada 14.9 peratus hingga 22.8 peratus.
Kelulusan daripada pemegang saham minoriti untuk menerima Cadangan SCR dibuat pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang berlangsung di Akademi MAS di Kelana Jaya, Petaling Jaya.
Jika semuanya berjalan lancar, Cadangan SCR itu disasarkan selesai pada Disember 2014 dan ketika itu MAS akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
Buat sementara waktu ini, tidak ada gangguan ke atas operasi MAS.
"Syarikat akan terus beroperasi, memenuhi tempahan pelanggan dan pelan perjalanan akan datang," katanya.
MAS berkata Cadangan SCR menawarkan pemegang saham minoriti peluang untuk keluar pada premium semasa saham MAS, supaya tidak terlibat dalam risiko dan ketidaktentuan bersabit pelaksanaan penstrukturan semula yang kini dirancang oleh pasukan pengurusan MAS dan berdedikasi
.
"Keputusan yang dibuat oleh pemegang saham minoriti hari ini yang menyokong Cadangan SCR adalah berdasarkan harga tawaran yang adil dan munasabah seperti yang dinyatakan oleh penasihat bebas, AmInvestment Bank Bhd, dalam surat nasihat bebas bertarikh 15 Okt, 2014, selain cadangan pengarah bebas MAS supaya mengundi memihak kepada Cadangan SCR, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya.
"Kelulusan pemegang saham itu merupakan halangan pertama terbesar dan banyak lagi yang perlu dilakukan. Kami berharap dapat menyelesaikan proses SCR ini sebelum akhir tahun," katanya.
Cadangan SCR akan menjadi tidak bersyarat selepas memperoleh perintah yang dimeterai daripada Mahkamah Tinggi Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Bernama
Fri Nov 07 2014

Kelulusan daripada pemegang saham minoriti untuk menerima Cadangan SCR dibuat pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)- Gambar Fail
![[TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan [TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893740/24668264391614872349651_640x360.jpg)
[TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan

Aktiviti hiburan catat kesalahan tertinggi semalam - Ismail Sabri
Kesalahan berulang itu menjadi antara sebab mengapa kerajaan meningkatkan hukuman kepada mereka yang ingkar SOP.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis tahan dua beradik kerana disyaki membunuh
Polis menahan dua beradik lelaki hari ini, kerana disyaki membunuh seorang peneroka selepas satu pertengkaran di sebuah rumah di Felda Mempaga 3, Bentong, semalam.

Bagaimana mengerjakan ibadah umrah ketika ini?
Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali menjelaskan perjalanan proses ibadah umrah di Masjidil Haram mengikut SOP yang ditetapkan di sana.

Begini cara menunaikan umrah ketika ini
Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali kongsi perjalanan proses menunaikan ibadah umrah di bawah SOP.

Jawatankuasa Bebas Darurat menjadi pengimbang urus tadbir negara
Ahli Jawatankuasa Bebas Darurat 2021, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin tidak melihat kedudukan kerajaan akan diancam dengan kewujudan jawatankuasa yang terdiri daripada ramai tokoh berpengalaman dari pelbagai latar belakang.

Kelebihan gerak kerja Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Jelas ahli Jawatankuasa Bebas Darurat 2021, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, berada di dalam tempoh darurat membolehkan gerak kerja kerajaan yang mendesak dapat dibuat segera tanpa pelbagai lapisan proses pelaksanaan.

Fungsi Jawatankuasa Bebas Darurat 2021
Mufti Perlis merangkap salah seorang ahli Jawatankuasa Bebas Darurat 2021, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan fungsi jawatankuasa tersebut dalam menilai dan melapor segala gerak kerja dalam tempoh darurat kepada DYMM Yang Dipertuan Agong.

Tujuh ahli gabungan hilang kepercayaan terhadap presiden MGF
Rachel didakwa membelakangkan Jawatankuasa Lembaga Tadbir MGF dalam membuat keputusan, selain salah guna kuasa dalam beberapa isu berbangkit.

Abdul Rashid tarik diri bertanding presiden KAFA
Dengan itu, EGM hari ini akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.

Presiden KAFA: Annuar belum buat keputusan
Annuar berkata beliau perlu meneliti dan membuat pertimbangan sewajarnya berikutan kekangan tugasnya sebagai wakil rakyat serta Setiausaha Agung UMNO.

Annuar Musa antara 4 calon Presiden KAFA
Datuk Seri Afandi Hamzah mengesahkan pencalonan Annuar bersama tiga lagi calon bagi menggantikan Bibi Ramjani IIias IKhan yang melepaskan jawatan presiden secara sukarela pada 18 Jun lalu.

Wan Abdul Rahim sedia timbang jawatan Presiden KAFA
Setakat ini, belum ada mana-mana individu atau Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) menghubunginya bagi menyatakan hasrat untuk mencalonkan beliau susulan peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan.

Bibi Ramjani sedia letak jawatan secara sukarela
Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan sedia melepaskan jawatan secara sukarela untuk memberi laluan kepada EGM persatuan itu untuk memilih peneraju baharu.

Lagi banyak parti Melayu, lagi kaum itu akan pecah belah - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penubuhan parti Melayu yang semakin banyak hanya akan memecahbelahkan lagi perpaduan dalam kaum itu di negara ini.

Undi tidak percaya terhadap Bibi Ramjani selepas Aidilfitri
Kemelut Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memasuki episod baharu apabila tujuh ahli gabungan dijangka melancarkan undi tidak percaya bagi memilih presiden baharu.

UMNO Sabah akan diberi autonomi menerusi pindaan perlembagaan parti
UMNO Sabah akan diberi kuasa penuh untuk menguruskan parti dan dapat membuat keputusan tanpa perlu merjuk kepada UMNO Pusat.

Pengurus rumah kebajikan pukul kanak-kanak diarah bercuti
JKM akan ambil alih mana-mana rumah kebajikan yang didapati terlibat dengan kes jenayah penderaan.