KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Top Glove Corp Bhd susut kepada RM15.29 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mei, 2022 berbanding RM2.04 bilion pada tahun sebelumnya berikutan perolehan yang lebih rendah disebabkan kesan normalisasi permintaan dan purata harga jualan (ASP) yang menjejaskan industri.
Perolehan bagi suku tersebut merosot kepada RM1.46 bilion berbanding RM4.16 bilion tahun ke tahun.
"Ini berbeza berbanding prestasi kukuh yang luar biasa pada suku terdahulu bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2021 apabila pandemik mencapai kemuncaknya, ketika permintaan dan ASP meningkat pada setiap masa dan kos operasi yang lebih rendah," menurut Top Glove dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pada suku ketiga, harga purata lateks pekat getah asli meningkat 17 peratus suku ke suku kepada RM6.50 sekilogram, manakala harga purata lateks nitril ialah AS$1.11 sekilogram, 3.0 lebih rendah berbanding suku kedua.
Pengarah Urusan Top Glove Datuk Lee Kim Meow dalam kenyataan berasingan menyifatkan tempoh ini sebagai sangat mencabar bagi industri sarung tangan.
Malah, beliau berkata keputusan suku tersebut tidak mencerminkan prestasi biasa bagi perniagaan kumpulan, disebabkan oleh trend normalisasi yang berterusan dan ketidakseimbangan bekalan permintaan.
"Bagaimanapun, kami akan terus memberi penekanan kepada asas kami; menghasilkan produk berkualiti dengan kos cekap yang tetap menjadi keutamaan, ketika tempoh yang lebih baik, mahupun dalam waktu sukar," katanya.
Dalam tempoh sembilan bulan, pengeluar sarung tangan itu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM288.56 juta berbanding RM7.26 bilion tahun ke tahun, manakala perolehan berjumlah RM4.50 bilion berbanding RM14.29 bilion pada tahun sebelumnya.
Menurut Top Glove, prestasi yang lebih rendah itu berlaku di tengah-tengah pertembungan cabaran, dengan kos pengeluaran yang semakin meningkat akibat inflasi global dan konflik Rusia-Ukraine yang mendorong kenaikan harga minyak mentah.
Selain itu, kumpulan turut berdepan peningkatan tarif gas asli dan elektrik, serta pelaksanaan gaji minimum yang dikuatkuasakan pada 1 Mei, 2022 yang menyebabkan berlakunya mampatan margin berikutan kumpulan tidak dapat memindahkan kos sepenuhnya dalam keadaan bekalan berlebihan yang sedang berlaku.
Berikutan permintaan yang sederhana, Top Glove berkata ia telah menangguhkan dan mengurangkan perbelanjaan modal utamanya dalam masa terdekat di samping terus menyelaraskan rancangan pengembangannya dengan keadaan pasaran.
Bagaimanapun, ASP sedang mencatatkan kemerosotan pada kadar lebih perlahan yang dapat membantu mengurangkan kesan kos pada masa akan datang.
Sementara itu, Top Glove berkata jualan dari Malaysia ke Amerika Syarikat terus mencatatkan peningkatan pada suku ketiga, menokok 8.0 peratus berbanding suku terdahulu dan lebih berpotensi bagi pertumbuhan selanjutnya yang membawa petanda baik kepada kumpulan.
Melangkah ke hadapan, Top Glove menjangkakan persekitaran perniagaan yang mencabar akan berterusan dalam masa terdekat, namun, ia menegaskan bahawa keadaan itu adalah sementara.
Lee berkata kumpulan yakin permintaan akan terus menokok dengan penggunaan yang meningkat daripada negara pesat membangun dengan asas penggunaan sarung tangan yang agak rendah, di samping tahap kesedaran mengenai kebersihan dan kesihatan yang lebih tinggi dalam era pasca pandemik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
Menurut Top Glove, prestasi yang lebih rendah itu berlaku di tengah-tengah pertembungan cabaran, dengan kos pengeluaran yang semakin meningkat akibat inflasi global dan konflik Rusia-Ukraine. - Top Glove
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
34,683 individu terkorban di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 34,683 rakyat Palestin terkorban dalam serangan berterusan tentera rejim zionis Israel di Gaza setakat ini. Dalam laporan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin itu lagi, 78,018 individu cedera.
Operasi Al Jazeera diharamkan di Israel
Kerajaan Israel sebulat suara memuktamadkan keputusan penutupan operasi saluran berita 24 jam, Al Jazeera di negaranya berkuat-kuasa serta merta. Pengumuman itu dibuat menerusi undian kabinet Israel yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi kerajaan zionis dan perkongsian di laman media sosial 'X' Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (05 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan
Membantu penduduk di kampung yang terpilih dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6,7 Mei
Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Kerugian teras Top Glove diunjur susut kepada RM83 juta pada 4QFY23 - RHB Investment
Pelanggan kumpulan itu akan kehabisan inventori menjelang separuh kedua 2024 dan ia akan mendorong kepada pesanan yang lebih konsisten.
Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran
Ketiga-tiga pembuat sarung tangan di bawah liputan mereka telah melaksanakan langkah rasionalisasi kapasiti seperti penutupan kilang dalam usaha untuk mengurangkan bekalan pasaran.
Bursa Malaysia terus ditutup rendah susulan jualan berterusan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.66 mata atau 0.32 peratus kepada 1,424.89 daripada 1,429.55 ketika ditutup semalam.
Top Glove jangka harga jualan purata sarung tangan terus susut
Lim menyatakan bahawa penurunan dalam ASP sarung tangan semakin perlahan, menunjukkan bahawa aliran menurun tidak akan berterusan selama-lamanya.
Top Glove catat kerugian bersih RM168.24 juta pada suku pertama
Hasil Top Glove juga merosot kepada RM632.53 juta daripada RM1.61 bilion sebelumnya.
Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI
Isu lebihan bekalan dalam industri sarung tangan getah telah mempengaruhi harga saham kedua-dua syarikat berkenaan.
Top Glove, Hartalega kemungkinan 'hilang' kedudukan utama dalam KLCI
Sektor sarung tangan getah dijangka terus berdepan tekanan ASP, yang diburukkan lagi dengan kos operasi lebih tinggi.
Pendapatan suku ketiga Top Glove susut susulan normalisasi permintaan, purata harga jualan
Keuntungan bersih Top Glove Corp Bhd susut kepada RM15.29 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mei, 2022 berbanding RM2.04 bilion pada tahun sebelumnya.
Perang Rusia-Ukraine beri kesan minimum ke atas jualan Top Glove
Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Lim Wee Chai berkata secara dasarnya, langkah mitigasi yang perlu telah dilaksanakan pihaknya.