awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurangan harga kenderaan baharu mungkin tidak lihat peningkatan jualan

Bernama
Bernama
15/04/2013
09:05 MYT
Pengurangan harga kenderaan baharu mungkin tidak lihat peningkatan jualan
RHB Research berkata pengurangan pada harga kenderaan baharu tidak semestinya melihat peningkatan jualan kenderaan kerana pengurangan itu akan memberi kesan kepada nilai kenderaan terpakai.
Penilaian ekuiti kereta terpakai adalah komponen penting dalam pembayaran awal kenderaan baharu, katanya dalam satu nota pasaran.
"Penguncupan ketara dalam nilai kereta terpakai boleh mengakibatkan pembeli kereta menghadapi masalah untuk membiaya kereta baharu mereka," katanya.
Isu ini ditambah dengan tempoh pembiayaan sewa beli yang dipanjangkan sehingga sembilan tahun.
"Penguncupan dalam nilai kereta terpakai mengakibatkan peminjam, terutamanya mereka di segmen pendapat rendah, berada pada kedudukan ekuiti negatif, di mana kenderaan lama bernilai jauh lebih rendah daripada baki pinjaman.
"Oleh sebab itu, kami terus melihat kemungkinan perubahan perundangan ini sebagai satu risiko ketara dalam sektor itu," katanya. RHB Research berkata manifesto pilihan raya pakatan pembangkang mengandungi janji untuk menghapuskan secara berperingkat duti automotif yang boleh menurunkan harga kereta dengan ketara.
Risiko daripada ini adalah bakal pembeli akan mengambil pendirian tunggu dan lihat yang akan menjejaskan trend jualan positif seperti pada September 2012 apabila pembeli menangguhkan pembelian sebelum pengumuman Belanjawan 2012, katanya.
RHB Research telah mengunjurkan jumlah dagangan industri tahun ini meningkat 1.5 peratus tahun ke tahun kepada 637,000 unit.
Ia berkata kadar faedah kekal menyokong, sungguhpun garis panduan memberi pinjaman secara bertanggungjawab Bank Negara akan terus menjejaskan pembeli pada pasaran harga murah yang didominasi pengeluar kereta nasional.
Faktor pengekang pertumbuhan industri adalah harga sebenar kereta yang tinggi secara umumnya dan nisbah hutang isi rumah yang tinggi, katanya.
"Kekurangan model serba baharu oleh pengeluar kereta tempatan dan strategi harga yang lebih berdaya saing oleh beberapa pengeluar kereta asing bermakna bahagian pasaran Proton dan Perodua akan terus tertekan," katanya.
Topic Berkaitan
#kereta terpakai
#pengurangan harga kereta
#RHB Research
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan