awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbincangan mengenai HSR KL-Singapura akan diteruskan - Laporan

Bernama
Bernama
15/08/2018
00:28 MYT
Perbincangan mengenai HSR KL-Singapura akan diteruskan - Laporan
Perbincangan antara Malaysia dan Singapura mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan diteruskan pada minggu-minggu akan datang.- Gambar hiasan
Perbincangan antara Malaysia dan Singapura mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan diteruskan pada minggu-minggu akan datang selepas bermula secara rasmi pada 11 Ogos lepas.
Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengadakan pertemuan di Singapura pada Sabtu lepas untuk membincangkan mengenai projek tersebut, menurut laporan Channel NewsAsia pada lewat Selasa.
"Kedua-dua menteri itu membincangkan mengenai projek HSR dan bersetuju untuk meneruskan perbincangan pada minggu-minggu akan datang," menurut Kementerian Pengangkutan Singapura yang dipetik sebagai berkata demikian.
Sebelum ini di Kuala Lumpur, Azmin dilaporkan menyifatkan pertemuan itu sebagai "rasmi", "baik dan produktif".
Menteri itu telah menjelaskan mengenai kedudukan Malaysia berhubung projek itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#ekonomi
#HSR
#keretapi
#Kuala Lumpur
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan