awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkongsian strategik dengan syarikat teknologi global perlu dipertingkat - PM Anwar

Bernama
Bernama
04/04/2025
11:30 MYT
Perkongsian strategik dengan syarikat teknologi global perlu dipertingkat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi Intel yang diketuai Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Teknologi dan Operasi Intel Foundry, Dr. Naga Chandrasekaran, hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perkongsian strategik dengan syarikat teknologi global seperti Intel Corporation (Intel) perlu diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa, sesuai dengan perubahan teknologi dan situasi ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook rasminya selepas menerima kunjungan hormat delegasi Intel yang diketuai Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Teknologi dan Operasi Intel Foundry, Dr. Naga Chandrasekaran, hari ini.
Intel adalah syarikat gergasi teknologi dari Amerika Syarikat yang merupakan antara pelabur awal di Malaysia dalam industri semikonduktor.
"Dalam pertemuan ini, pihak Intel menyampaikan penghargaan atas sokongan yang berterusan daripada kerajaan Malaysia," kata Anwar.
Beliau berkata delegasi Intel turut memaklumkan perkembangan semasa pembinaan fasiliti baharu mereka di Malaysia yang membabitkan pelaburan sebanyak RM2.4 bilion.
"Inisiatif ini akan meningkatkan lagi keupayaan operasi Intel Malaysia sebagai peneraju industri semikonduktor di rantau ini," kata beliau.
Dari segi aspek pembangunan bakat, Anwar berkata Intel terus melatih tenaga kerja tempatan, termasuk seramai 250 orang yang kini menghadiri latihan di fasiliti syarikat itu.
"Saya amat mengalu-alukan keyakinan dan ketetapan pelabur seperti Intel yang menjadikan Malaysia destinasi pelaburan jangka panjang," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkongsian strategik
#syarikat teknologi global
#Intel
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan