KUALA LUMPUR: Permintaan untuk sarung tangan getah perubatan dan pembedahan meningkat pada bulan lepas walaupun situasi lebihan bekalan yang berterusan dan dijangka mencapai keseimbangan menjelang 2025.
Bekas Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) Denis Low Jau Foo berkata permintaan meningkat disebabkan pelanggan menambah stok mereka.
"Terdapat pembelian yang agresif semasa pandemik COVID-19 dan stok tersebut mempunyai tarikh luput. Sarung tangan perubatan mempunyai jangka hayat," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata faktor menambah stok ini yang mendorong permintaan meningkat.
Dengan permintaan pada aliran meningkat, harga juga dijangka meningkat.
"Kami melihat peningkatan yang ketara untuk harga lateks sebanyak 28.7 peratus. Ini bermakna kos yang lebih tinggi untuk pengeluar sarung tangan dan ini akan disalurkan kepada pembeli," katanya.
Low berkata pengeluar sarung tangan getah adalah pengguna lateks pukal yang terbesar, menggunakan hampir 460,000 tan setahun.
Beliau berkata keadaan cuaca seperti El Nino dan La Nina turut memainkan peranan dalam kenaikan harga dan turun naik harga getah.
Kestabilan dijangka mulai Jun dan seterusnya, kata Low.
Katanya walaupun permintaan meningkat adalah berita baik untuk sektor ini, ramai pengeluar sarung tangan telah menghentikan pengeluaran disebabkan situasi lebihan bekalan beberapa tahun lepas.
"Industri sarung tangan kini beroperasi pada kapasiti 50 peratus. Mudah untuk menghentikan pengeluaran. Untuk memulakan semula, ia memerlukan tindakan kerjasama oleh semua pemain.
"Kerajaan juga perlu memastikan pekerja kembali, bahan mentah dan logistik. Semua faktor ini perlu berjalan seiring," katanya.
Beliau berkata Malaysia menghasilkan sehingga 230 bilion unit sarung tangan semasa pandemik dan harga melonjak kepada paras yang tidak masuk akal.
Antara 2020 dan awal 2022, harga mencecah US$120 hingga US$140 setiap 1,000 unit berbanding US$18 dan US$20 setiap 1,000 unit hari ini.
"Paras terendah sebanyak US$14 untuk 1,000 unit pada awal tahun ini di China," katanya, sambil menambah situasi dalam sektor tersebut akan lebih stabil dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Pandangan Low sejajar dengan pandangan RHB Investment Bank terhadap sektor itu.
Menurut firma penyelidikan itu, jualan dijangka meningkat pada separuh kedua 2024 berdasarkan permintaan-penawaran yang lebih seimbang, membawa kepada keuntungan yang lebih baik.
RHB Invest memberi saranan wajaran tinggi terhadap sektor tersebut dan menjangka lebihan kapasiti industri akan berkurangan secara berperingkat.
Ia akan mencapai permintaan-penawaran yang seimbang pada akhir 2024/2025, menurut firma penyelidikan itu.
Ia turut menjangka persaingan harga daripada rakan setara China akan berkurangan secara berperingkat berikutan kebimbangan mengenai kualiti yang meningkat dengan "kadar penolakan yang tinggi daripada AS dan apabila pemain China ke arah kemampanan."
Menurut Kenanga Research, cabaran semasa dan landskap yang kompetitif akan berterusan sepanjang 2024.
Walaupun sebahagian pemain telah kembali mencatatkan keuntungan, keuntungan yang sederhana tidak menyokong penilaian yang tinggi, katanya.
"Industri akan terus berdepan situasi lebihan bekalan, penetapan harga oleh pemain luar negara tertentu, permintaan yang rendah dan kos input yang tinggi seperti getah nitril butadiena dan lateks.
"Harga getah nitril butadiena telah meningkat sejak suku keempat 2023," menurut firma penyelidikan itu.
Katanya langkah menghentikan operasi kemudahan pengeluaran lama tempatan akan membantu mengurangkan tekanan bekalan.
Bagi harga susu getah, Kenanga menjangka harga akan meningkat berikutan pengeluaran rendah semasa "musim daun gugur antara Disember dan Mei".
Setakat ini, katanya harga telah meningkat sebanyak 8 peratus dengan pembeli menarik diri setiap kali terdapat percubaan untuk menaikkan harga.
"Pengeluar China masih menjual pada US$16-US$18 setiap 1,000 unit, yang bermakna sebarang percubaan oleh pengeluar Malaysia untuk menaikkan harga dijangka menyebabkan kehilangan bahagian pasaran," menurut Kenanga.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024

Keadaan cuaca seperti El Nino dan La Nina turut memainkan peranan dalam kenaikan harga dan turun naik harga getah. - Gambar hiasan
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiada risiko kekurangan sarung tangan getah meskipun penularan mpox - MARGMA
Walaupun terdapat kebimbangan mengenai potensi lonjakan permintaan akibat penularan wabak itu, tidak perlu membuat pembelian panik.

MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.

Permintaan, harga untuk sarung tangan getah perubatan, pembedahan dijangka meningkat - Pakar
Permintaan untuk sarung tangan getah perubatan dan pembedahan meningkat pada bulan lepas walaupun situasi lebihan bekalan yang berterusan dan dijangka mencapai keseimbangan menjelang 2025.

Langkah muktamadkan mekanisme harga getah mampu dicapai walau mencabar - Pakar
Dennis Low berkata usaha bagi mencapai persetujuan bersama dan menumpukan mekanisme ini tidak sukar jika terdapat satu objektif bersama.

Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran

Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI
Isu lebihan bekalan dalam industri sarung tangan getah telah mempengaruhi harga saham kedua-dua syarikat berkenaan.

Malaysia terajui pengeluaran inovatif sarung tangan getah - MARGMA
Negara mengeluarkan kira-kira 259 bilion unit sarung tangan yang dibekalkan ke 195 negara.

KPPK optimis Malaysia mampu capai nilai eksport sarung tangan getah RM23.6 bln tahun ini
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) optimis Malaysia mampu mencapai nilai eksport sarung tangan getah RM23.6 bilion pada tahun ini susulan terdapat peningkatan dalam budaya kebersih

Ketidaktentuan pasaran jejas pasaran getah minggu depan
Wujud kebimbangan mengenai kekurangan makanan dan musim sejuk dalam keadaan konflik Rusia-Ukraine ketika ini.

Lelaki, anak tiri didakwa tipu bekalan sarung tangan lebih RM700,000
Seorang lelaki dan anak tirinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memperdaya dua lelaki berhubung pembekalan sarung tangan getah yang tidak wujud.