KUALA LUMPUR: Permintaan terhadap perjalanan udara global, diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), menyaksikan penurunan sebanyak 53.4 peratus pada September 2021 berbanding bulan yang sama pada 2019, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Bagaimanapun, prestasi tersebut merupakan peningkatan semula yang sederhana berbanding Ogos 2021, dan merosot 56 peratus berbanding Ogos 2019, katanya dalam kenyataan hari ini.
"Ini didorong oleh pemulihan dalam pasaran domestik, terutamanya China, apabila beberapa sekatan perjalanan telah ditarik balik berikutan penularan COVID-19 pada Ogos. Permintaan antarabangsa pula merosot sedikit berbanding bulan sebelumnya," katanya.
Ketua Pengarahnya, Willie Walsh berkata prestasi pada September merupakan perkembangan yang positif tetapi pemulihan dalam trafik antarabangsa masih terjejas berikutan penutupan sempadan dan mandat kuarantin yang berterusan.
"Perubahan dasar Amerika Syarikat baru-baru ini untuk membuka semula perjalanan dari 33 pasaran untuk warga asing yang telah mendapat vaksinasi sepenuhnya mulai 8 November adalah dialu-alukan.
"Sejajar dengan pembukaan semula baru-baru ini di pasaran utama lain seperti Australia, Argentina, Thailand dan Singapura, ini akan memberi rangsangan kepada pemulihan berskala besar kebebasan untuk melakukan perjalanan," katanya.
Di peringkat Asia Pasifik, IATA berkata syarikat penerbangan di rantau ini menyaksikan trafik antarabangsa mereka pada September merosot 93.2 peratus berbanding September 2019, hampir tidak berubah daripada penurunan 93.4 peratus yang dicatatkan pada Ogos 2021 berbanding Ogos 2019 berikutan rantau ini terus mempunyai langkah-langkah kawalan sempadan yang ketat.
Dalam kenyataan berasingan, IATA berkata permintaan terhadap kargo udara global meningkat 9.1 peratus pada September 2021 berbanding bulan yang sama pada 2019 berikutan terdapat manfaat daripada kesesakan rantaian bekalan apabila pengeluar beralih kepada pengangkutan udara untuk lebih cepat.
Walsh berkata, bagaimanapun, kekangan kapasiti terus mengehadkan keupayaan kargo udara untuk menerima permintaan tambahan.
"Jika tidak ditangani, kesesakan dalam rantaian bekalan akan menjejaskan pemulihan ekonomi daripada COVID-19. Kerajaan perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan tekanan terhadap rantaian bekalan global dan meningkatkan daya tahannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 04 2021
Di peringkat Asia Pasifik, IATA berkata syarikat penerbangan di rantau ini menyaksikan trafik antarabangsa mereka pada September merosot 93.2 peratus berbanding September 2019. - Gambar hiasan
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
AWANI Ringkas: PM ikrar noktahkan miskin tegar di Kedah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Pengerusi OIC tegaskan wujud keperluan mendesak untuk membincangkan konflik berpanjangan di Palestin dan kemusnahan akibat perang di Gaza.
Kepentingan ziarah luar di Madinah semasa musim Haji
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai kepentingan ziarah luar di Madinah bagi jemaah dan petugas haji sebagaimana ditekankan oleh Pembimbing Ibadat Haji Madinah, Ustaz Mahmad Zukri Mat Hassan.
AWANI Pagi: AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham;
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim, dua mangsa selamat
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Laporan menjelang musim Haji 1445H/2024M
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim, dua mangsa selamat
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Laporan menjelang musim Haji 1445H/2024M
Lelaki hina wajah anak Caprice tampil mohon maaf bersemuka
Pemuda bernama Irfan yang datang dari Johor dengan menaiki bas itu dilihat bertemu dengan Farra sambil melutut meminta maaf.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Konflik di Gaza dijangka menjadi agenda utama di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam, OIC yang berlangsung di Gambia.
Sadiq Khan dipilih datuk bandar London untuk penggal ketiga
Sadiq Khan dari parti buruh, berjaya menewaskan calon dari parti konservatif dalam pilihan raya tempatan, menyaksikan beliau dipilih sebagai Datuk Bandar London untuk penggal ketiga.
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Penganalisis pasaran jangkakan Bursa Malaysia diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, disokong oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi.
Permintaan penumpang udara global meningkat 21.5 peratus pada Februari - IATA
Jumlah kapasiti menokok 18.7 peratus tahun ke tahun manakala faktor muatan adalah 80.6 peratus.
MAHB dijangka jana hasil tinggi daripada semakan semula dasar PSC - HLIB
HLIB yakin ia akan beri impak positif kerana ia menambah baik aliran tunai dan membolehkan perbelanjaan modal perbelanjaan lebih tinggi.
Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara
Thailand merancang menambah penerbangan keluar dan masuk yang menghubungkan bandar utama dan bandar lain bagi merangsang ekonomi.
Perjalanan udara pada November 2023 cecah 99 peratus daripada paras 2019 - IATA
Jumlah trafik udara meningkat 29.7 peratus tahun ke tahun pada November 2023.
Pemulihan industri penerbangan: Hampir 400,000 perjalanan direkod sejak Januari - MOT
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, angka itu menunjukkan pemulihan penerbangan adalah pada kadar 74.1 peratus.
Syarikat penerbangan mampu capai keuntungan bersih AS$9.8 bilion pada 2023
Keuntungan dianggarkan mengukuh pada 2023, didorong oleh perkembangan positif termasuk meningkatnya permintaan untuk perjalanan udara.
Penyelidikan unjur ketibaan pelancong di Malaysia melonjak hampir empat kali ganda pada 2023
Unjuran itu disokong oleh penyambungan semula perjalanan udara bagi urusan perniagaan dan pelancongan di seluruh dunia.
IATA, Travalyst bergandingan mengira pelepasan karbon dioksida dalam industri penerbangan
Kerjasama ini akan menumpukan pada data dan metodologi standard untuk pengiraan pelepasan CO2 penumpang.
Permintaan penumpang pada Oktober petanda pemulihan berterusan - IATA
Perjalanan udara meneruskan momentum pemulihannya pada Oktober 2022.
Jumlah trafik udara pada Julai naik 58.8 peratus, trafik antarabangsa pulih kukuh
Sektor penerbangan terus mencatatkan pemulihan berikutan orang ramai mengambil peluang untuk melakukan perjalanan.